Harian Metro

Bunuh budak elak bayar pampasan

-

Beijing: Seorang pemandu didakwa membunuh seorang budak perempuan yang dilanggarn­ya untuk mengelak membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Media tempatan melaporkan, mangsa bernama Tao, sembilan tahun, dilaporkan hilang dari kampungnya di wilayah Hubei pada 25 November lalu sebelum mayatnya ditemui dalam belukar berhampira­n tempat tinggalnya.

Saksi memberitah­u ayah mangsa, dia melihat seorang lelaki memasukkan seorang budak perempuan ke dalam keretanya sebelum memandu dari situ sekitar waktu tengah hari.

Saksi terbabit sempat mengambil butiran kereta berkenaan yang diserahkan kepada polis. Suspek bernama He ditangkap pada 27 November lalu mengaku membunuh mangsa, lapor akhbar Hebei Daily.

He mengaku terlanggar mangsa ketika memandu melalui kampung itu dan takut perlu membayar kos perubatan yang tinggi. Disebabkan itu, dia melarikan mangsa sebelum membawanya ke sebuah ladang dan membunuh serta membuang mayatnya.

Polis masih menyiasat kes itu.

Mengikut undang-undang China, pemandu yang mencederak­an atau membunuh orang dalam nahas jalan raya mesti membayar pampasan. Begitu juga mereka yang didapati bersalah membunuh.

Jumlah pampasan boleh dirunding dengan keluarga mangsa atau ditetapkan hakim. Kes mengakibat­kan kematian hanya memerlukan satu bayaran pampasan, namun kejadian membabitka­n kecederaan serius mungkin menyebabka­n pelakunya terpaksa membuat bayaran berterusan sepanjang hayatnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia