Harian Metro

Pemain badminton remaja SSBJ sekolah ABM

-

Kuala Lumpur: Pemain badminton remaja negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) tidak perlu lagi ke sekolah untuk sesi pembelajar­an sebaik dipindahka­n ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, menjelang suku pertama tahun 2018.

Mereka akan meneruskan sesi pembelajar­an di bilik khas disediakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di ABM.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata langkah itu bagi memudahkan urusan latihan serta pembelajar­an pemain yang kini berada di SSBJ.

Katanya, BAM pada awalnya menyasarka­n perpindaha­n seramai 60 pemain pada Januari ini tetapi atas beberapa faktor membabitka­n Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Kementeria­n Pendidikan, perkara itu terpaksa ditunda.

Beliau memaklumka­n ABM akan diserahkan sepenuhnya kepada KBS pada 19 Januari ini lengkap dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

“BAM sudah mengadakan perbincang­an bersama Kementeria­n Pendidikan bagi menentukan jumlah subjek yang akan diajar kepada para pelatih di akademi ini.

“Menjelang suku pertama 2018, para pelajar SSBJ akan masuk ke akademi ini dan mereka semua akan menjalani latihan selain meneruskan

BAM sudah mengadakan perbincang­an bersama Kementeria­n Pendidikan bagi menentukan jumlah subjek yang akan diajar”

Mohamad Norza Zakaria

pembelajar­an di sini mengikut jadual yang akan ditetapkan.

“KBS akan menghantar surat rasmi kepada Kementeria­n Pendidikan bagi meminta guru dihantar ke sini untuk sesi pembelajar­an dengan enam subjek utama akan diajar termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.

“Kami juga akan bertemu dengan ibu bapa pelajar ini bagi menerangka­n keadaan yang sedang berlaku agar mereka faham dengan segala proses yang berlaku,” katanya selepas mesyuarat ahli majlis BAM di sini, hari ini.

Dalam perkembang­an lain, BAM hari ini menyerahka­n hadiah kemenangan serta bonus perlawanan keseluruha­n berjumlah RM1.77 juta kepada pemain yang berjaya meraih kejayaan dalam kejohanan disertai.

BAM turut melancarka­n laman sosial Instagram rasmi dan Twitter rasmi badan induk itu bagi membolehka­n para peminat sukan itu mengikuti perkembang­an semasa yang berlaku terhadap pasukan kebangsaan serta organisasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia