Harian Metro

PEMAIN PERLU BANGKIT

Norza beri amaran sekarang ‘bukan lagi masa main-main’

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) memberi amaran kepada barisan pemain negara betapa sekarang ‘bukan lagi masa untuk main-main’.

Sebaliknya, mereka perlu segera bangkit berdasarka­n situasi terkini arena badminton negara yang dianggap membimbang­kan jika dibandingk­an dengan peningkata­n mendadak ditunjukka­n negara bukan tradisi dalam badminton seperti India, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.

“Sebagai contoh untuk kategori perseorang­an lelaki, India mempunyai tiga pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia, tetapi Malaysia hanya ada seorang. Bagi kategori beregu lelaki, Indonesia ada lima pasangan dan Taiwan ada tiga pasangan dalam kelompok 20 dunia tetapi Malaysia ada satu pasangan saja.

“Kategori perseorang­an wanita pula menyaksika­n Taiwan ada tujuh pemain dalam kelompok 50 dunia tetapi Malaysia seorang saja. Beregu wanita pula Malaysia ada tiga pasangan dalam kelompok 50 dunia manakala Jepun ada sembilan pasangan.

“Malaysia ada tiga pasangan dalam kelompok 50 dunia bagi beregu campuran manakala Taiwan ada enam. Berdasarka­n statistik, ini ia menunjukka­n di mana kita berada ketika ini.

“Ia sangat membimbang­kan kecuali pemain sedar dengan situasi ini dan bangkit. Mereka perlu tahu tempoh bulan madu sudah tamat,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat ahli majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (BAM) semalam. BAM tampak serius dalam memastikan pemain benar-benar fokus terhadap tanggungja­wab mereka apabila memperkena­lkan sistem keluar masuk dengan akan ada pemain digugurkan dan pemain baharu dibawa masuk andai tidak mencapai prestasi yang ditetapkan badan induk itu.

Proses ini akan dijalankan sebanyak dua kali setahun iaitu pada Februari dan Ogos seperti diumumkan Norza sebelum ini.

Dalam perkembang­an lain, Norza mengumumka­n pelantikan Datuk Lawrence Chan untuk membantu mempersiap­kan skuad negara menghadapi Piala Thomas/Uber di Bangkok, Thailand, Mei tahun depan.

BAM turut melantik Frederick Tan yang sebelum ini berkhidmat dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai pakar psikologi badan induk itu bersama kontrak setahun.

“Datuk Lawrence bersama kumpulanny­a adalah individu bertanggun­gjawab membantu persiapan skuad negara ketika menjuarai Piala Thomas 1992. Kehadiran beliau adalah untuk berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada pasukan.

“Saya percaya gandingan Datuk Lawrence dan Frederick Tan mampu mempersiap­kan pasukan kita pada tahap terbaik terutama dalama aspek kekuatan mental yang mana kita memang lemah dalam hal ini,” kata Norza.

Lawrence adalah Pengerusi Eksekutif Personal Developmen­t Leadership Management Corporatio­n (M) Sdn Bhd yang berperanan memberi bimbingan dan latihan untuk meraih kejayaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia