Harian Metro

Penalti julang Habiel 66 UDFF A

- Ahmad Rabiul Zulkifli sukan@hmetro.com.my

Chukai: Pasukan Habiel 66 UDFF A muncul juara Kejohanan Futsal Tertutup Chukai selepas menang 5-4 ke atas Habiel 66 Udff B, menerusi sepakan penalti.

Juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.

(gambar)

Habiel 66 UDFF A membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi manakala naib juara menerima hadiah wang tunai RM700.

Tempat ketiga disandang pasukan Ranaco FC selepas menewaskan NR FC 2-0 sekali gus membawa pulang hadiah RM400, manakala Ranaco FC yang berada di tempat keempat (RM200).

Sementara itu, Abdul Aziz Husien, 22, dari Pasukan Habiel 66 UDFF B dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Pengurus Pasukan Habiel 66 UDFF A, Mohd Habiel Ikram Rahim berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukka­n pasukannya dan paling membanggak­an

mereka berjaya mencatat kemenangan kali ke-26 tahun ini.

“Usaha dan latihan yang dijalankan pasukan diketuai Che Mohd Azzanuddin Che Ismail, 32, berbaloi apabila berjaya muncul juara dalam pertanding­an yang disertai.

“Kami menyasarka­n lebih banyak kemenangan tahun depan dan bercadang menggunaka­n khidmat lebih ramai pemain berbakat sekitar Kemaman,” katanya.

Menurutnya, pasukannya bukan sahaja ingin mencapai kemenangan tetapi secara tidak langsung mencungkil bakat baru seterusnya membuka peluang dan ruang untuk terus maju dalam arena bola sepak di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia