Harian Metro

Juara sulung PTG Terengganu

- Faizul Azlan Razak sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pasukan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu muncul juara sulung bola sepak Kejohanan Sukan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Se-Malaysia (SUKAP) 2017 di Stadium Mini Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

PTG Terengganu bangkit daripada ketinggala­n sebelum berjaya mengecewak­an pasukan tuan rumah, PTG Perak dengan kemenangan tipis 3-2 dalam perlawanan akhir.

Gol kemenangan PTG Terengganu dijaringka­n Ahmad Fadhil Jusoh selepas tandukanny­a gagal diselamatk­an penjaga gawang PTG Perak pada minit akhir perlawanan.

Hadiah kemenangan disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Pengurus pasukan PTG Terengganu, Ahmad Imran Kif li A Rahim berkata, kejayaan pasukannya hasil daripada komitmen pemain dan barisan pengurusan.

Beliau berkata, sasaran awal adalah melangkah ke separuh akhir, namun kesungguha­n dan semangat pemain yang tinggi berjaya membawa pasukan mara ke final dan muncul juara.

“Ketika latihan, pemain menunjukka­n disiplin dan bersikap profesiona­l. Mereka berjaya mengekalka­n semangat kesukanan yang tinggi dan mengekalka­n mutu permainan membanggak­an.

“Pasukan kami mengambil masa dua bulan melakukan persiapan dan kapten pasukan, Wan Aidil Wan Shukri antara watak utama kejayaan pasukan,” katanya.

Imran berkata, kejayaan pasukannya juga hasil percaturan dan taktikal cemerlang dibuat ketua jurulatih, Mohd Rosdi Mohamed Yusoff.

“Saya akui bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukka­n pasukan ini dan lebih manis menyaksika­n PTG Terengganu muncul juara sulung kejohanan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN PTG Terengganu bergambar bersama pingat dan trofi yang dimenangi.
PEMAIN PTG Terengganu bergambar bersama pingat dan trofi yang dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia