Harian Metro

TROFI KEEMPAT

- Reuters

 Hamilton menang sembilan daripada 20

perlumbaan dalam kalendar 2017

Paris:

Pemandu Britain, Lewis Hamilton menerima trofi juara Formula Satu dunia buat kali keempat dalam satu majlis penyampaia­n hadiah di sebuah istana bekas monarki Perancis, semalam.

Pengerusi F1, Chase Carey menyaksika­n majlis gilang-gemilang itu, apabila Presiden Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa (FIA) yang baru dipilih semula, Jean Todt menyampaik­an trofi itu kepada Hamilton yang memastikan gelaran keempatnya di GP Mexico bulan lalu.

“Tahun yang amat menakjubka­n,” kata Hamilton kepada

(gambar)

hadirin. “Saya harap tahun depan akan menjadi lebih baik buat anda semua. Saya sedar saya perlu berusaha melakukan sesuatu dengan lebih baik.”

Hamilton memenangi sembilan daripada 20 perlumbaan dalam kalendar 2017, selain mencipta rekod petak pertama perlumbaan ke-72 sepanjang kariernya dan mengumpul mata di setiap Grand Prix.

Ditanya mengenai kemuncak musim ini, Hamilton menyatakan perlumbaan di laman sendiri GP British paling diingati kerana menerima sokongan padu selepas dibelenggu kegagalan untuk mengambil bahagian pada acara di London sebelum itu.

Dia juga memberitah­u media betapa walaupun dirinya tidak gemar menghadiri majlis ataupun berada di pentas, dia seronok melihat orang lain meraih kejayaan.

Mercedes menjuarai kedua-dua kejuaraan untuk kali keempat berturut-turut namun bos pasukan, Toto Wolff berkata, musim 2017 turut menyajikan kesukaran.

Pemandu Red Bull dari Belanda, Max Verstappen pula mengatasi pelumba lain termasuk rakan sepasukann­ya, Daniel Ricciardo bagi meraih anugerah Personalit­i Terbaik kali ketiga berturut-turut.

“Saya sentiasa cuba menjadi jujur dan tepat jadi saya fikir ia membolehka­n saya sekali lagi meraih gelaran tahun ini. Ia musim sukar tapi saya banyak belajar daripadany­a,” ujar Verstappen.

 ??  ?? CAREY (dua dari kanan) dan Todt (tiga dari kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah di sebuah istana bekas monarki Perancis, semalam.
CAREY (dua dari kanan) dan Todt (tiga dari kiri) pada majlis penyampaia­n hadiah di sebuah istana bekas monarki Perancis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia