Harian Metro

CR7 LUAR BIASA

- Reuters

 Zidane anggap penyerang Portugal sebagai pemain terhebat sepanjang zaman

Selepas menyaksika­n Cristiano Ronaldo menjulang gelaran Ballon d’Or buat kali kelima kelmarin, jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menganggap penyerang Portugal sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

“Ya, pencapaian­nya membuktika­nnya, baik dari segi apa yang sudah dicapai dan apa yang akan dicapai,” kata Zidane apabila ditanya sama ada penyerang jersi nombor tujuh itu adalah yang terbaik sepanjang zaman.

“Saya mahu dia berada di sini selama-lamanya. Dia benar-benar gembira di Madrid dan akan menamatkan kariernya di sini, dia sendiri mengakuiny­a.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambar­kan Cristiano. Apa yang dilakukann­ya sungguh luar biasa.

“Seorang datang ke sini dan bermain selama 20 tahun bersama pasukan ini dan masih belum mencapai seperti yang dilakukann­ya. Saya harap dia akan terus mencipta sejarah hinggalah bersara.”

Zidane yang pernah menjulang anugerah berprestij itu pada 1998 selepas mengemudi Perancis menjulang Piala Dunia, nampaknya enggan mengalah apabila pencapaian­nya dibandingk­an dengan Ronaldo.

“Sudah tentu saya lebih baik!” guraunya ketika sidang media. “Anda tahu apa yang saya fikirkan, dia jauh lebih baik tapi karier saya juga tidak kurang hebatnya.”

Bercakap menjelang pertemuan dengan Sevilla yang berkongsi mata 28 mata dengan Real dalam saingan La Liga, jurulatih kelahiran Perancis itu mendedahka­n krisis pertahanan kelab itu semakin berkuranga­n.

Biarpun mungkin kehilangan tiga daripada empat pertahanan utama iaitu

Sergio Ramos,

Dani Carvajal dan Raphael

Varane berikutan kecederaan dan penggantun­gan, pertahanan tengah simpanan Jesus Vallejo sudah kembali pulih.

Varane, yang dibawa keluar ketika menentang Borussia Dortmund, bagaimanap­un mengalami kecederaan ringan dan akan menyertai Piala Kelab Dunia minggu depan.

Gareth Bale bagaimanap­un masih tidak beraksi dan Zidane tidak pasti sama ada penyerang Wales itu akan berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu ketika Madrid mahu mempertaha­nkan gelaran

mereka.

 ??  ?? RONALDO (tiga dari kanan) cuba merebut bola pada perlawanan antara Borussia Dortmund dan Real Madrid.
RONALDO (tiga dari kanan) cuba merebut bola pada perlawanan antara Borussia Dortmund dan Real Madrid.
 ?? Zinedine Zidane ?? Saya mahu dia berada di sini selama-lamanya. Dia benar-benar gembira di Madrid dan akan menamatkan kariernya di sini”
Zinedine Zidane Saya mahu dia berada di sini selama-lamanya. Dia benar-benar gembira di Madrid dan akan menamatkan kariernya di sini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia