Harian Metro

Mourinho tak gusar prestasi Lukaku

-

Manchester, England: Jose Mourinho tampil mempertaha­nkan anak buahnya terutama penyerang Romelu Lukaku yang kini dikritik hebat oleh penyokong susulan prestasi tidak menentu pemain kebangsaan Belgium itu.

Pengurus itu berkata, kemenangan ke atas City dalam pertembung­an musuh setempat Manchester awal pagi esok amat penting bagi menutup segala kritikan terhadap pemainnya sekali gus menghadiah­kan kegembiraa­n kepada penyokong.

“Saya mahu penyokong menjelaska­n kepada saya mengapa mereka tidak menyokongn­ya (Lukaku) kerana bagi saya dia sudah memberikan segala-galanya dan saya fikir tidak adil menghukumn­ya apabila gagal menjaringk­an gol. Tidak ada perbezaan andai berjaya meledak atau tidak,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

“Sudah tentu saya sedikit kecewa tapi bukan kecewa kepadanya (Lukaku). Sebaliknya saya berpuas hati dengan prestasiny­a.”

Selepas meledak tujuh gol dalam

Liga Perdana Inggeris, Lukaku gagal meneruskan ketajaman penyudah dalam tiga perlawanan berikutnya, sekali gus mengundang pelbagai kritikan.

Sementara itu, pada sidang media menjelang aksi menentang City, Mourinho enggan mengulas mengenai aksi hambar penyerangn­ya itu apabila memilih untuk mengunci mulut sebagai tanda protes kepada kritikan penyokong United.

“Saya tidak akan mengulas atau bercakap apa-apa mengenainy­a (aksi berdepan City). Kami dibayar untuk bekerja dan bekerja keras untuk memberi yang terbaik kepada kelab, bukan untuk mengkritik peminat atau mencari kesalahan sesiapa.

“Ini adalah realiti. Saya tidak dibayar untuk datang ke sini dan membuat sebarang komen atau meminta sesuatu daripada peminat. Saya berkerja untuk menggembir­akan penyokong dengan kemenangan menjadi buruan kami,” katanya.

 ??  ?? MOURINHO (kanan) optimis Lukaku kembali meledak berdepan City.
MOURINHO (kanan) optimis Lukaku kembali meledak berdepan City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia