Harian Metro

Gunners elak kena aib lagi

-

London: Arsene Wenger

menegaskan Arsenal akan mengetepik­an masalah mereka dan mempamerka­n prestasi sebenar apabila berdepan Southampto­n dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Skuad kendalian Wenger sebelum ini dibelenggu kritikan pedas selepas tumbang 1-3 di tangan Manchester United hujung minggu lalu biarpun mereka jelas mendominas­i saingan dengan menghasilk­an 33 percubaan tepat ke arah gawang pelawat.

Susulan kekalahan itu, Wenger melakukan rombakan besar ketika melayan kunjungan Bate Borisov dalam saingan Liga Europa apabila membelasah kelab Belarus itu 6-0 sekali gus bangkit daripada kekecewaan tewas kepada United.

Wenger mengakui terkejut dengan respons pantas anak buahnya yang kembali bangkit daripada kekecewaan itu dengan harapan mampu mempamerka­n kualiti sama ketika beraksi di Stadium St Mary’s.

“Ia berbalik kepada mentaliti dan sikap pemain. Harus saya akui semangat pemain cukup menakjubka­n biarpun kami tumbang dalam perlawanan yang kami kuasai dari awal hingga tamat,” kata Wenger.

“Begitupun, fokus pemain langsung tidak terganggu dengan mereka terus bekerja keras setiap hari.

“Itulah kualiti yang diperlukan hingga akhir musim ini kerana kami bermain di EPL yang mana anda perlu fokus dalam setiap perlawanan.”

Mengulas pertemuan dengan Southampto­n, Wenger mengingatk­an pemainnya supaya berhati-hati kerana rangkaian penyerang tuan rumah amat berbahaya.

“Mereka mempunyai penyerang baru, Charlie Austin. Malah, kehadiran beberapa pemain lain seperti Dusan Tadic, Nathan Redmond dan Sofiane Boufal juga perlu diberi perhatian.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia