Harian Metro

CITIZENS WASPADA

- AFP

Manchester, England

Tumpuan bola sepak dunia pastinya terarah ke timur laut England bagi pertembung­an musuh setempat antara Manchester United dan Manchester City bagi aksi pertengaha­n musim Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Pendahulu liga City sedang memburu kemenangan ke-14 berturut-turut yang akan menyamai rekod sepanjang zaman dalam liga utama Inggeris - seterusnya menjadikan jurang dengan penghuni tangga kedua, United kepada 11 mata sekiranya mampu menang di Old Trafford.

Namun United juga sedang berada di landasan mencipta rekod tersendiri untuk mencatat perlawanan ke-41 tanpa kalah dan pengurus City, Pep Guardiola jelas berwaspada terhadap kemampuan seteru lamanya Jose Mourinho.

“Hingga kini, kami tidak boleh merungut mengenai keputusan, terutamany­a corak permainan kami,” kata Guardiola, yang menjadi pengurus pasukan pelawat terakhir yang pernah meraih kemenangan di Old Trafford, September tahun lalu.

“Apabila anda melihat statistik dalam setiap perlawanan - bukan hanya di laman lawan - kami lebih baik dari sudut potensi jaringan, kedudukan

 Guardiola mahu anak buah lebih berhati-hati ancaman

United di Old Trafford malam ini

dan peluang.

“Namun, saya fikir United juga amat hebat dari sudut itu. Apabila statistik bagus, mereka meraih kemenangan dan apabila sebaliknya, mereka juga mampu meraih kemenangan 3-1 (menentang Arsenal) di Emirates, salah satu stadium sukar. “Mereka (Arsenal) melakukan 33 percubaan tepat dan United menang 3-1. Tidak banyak pasukan di dunia ini mampu melaku- kannya. Sebab itulah anda perlu berhati-hati. Anda boleh kawal, anda boleh melakukan banyak perkara yang bagus tapi kemudianny­a mereka mempunyai bakat terbaik yang mampu melakukann­ya.”

Biarpun mempamerka­n aksi cemerlang sejak awal musim ini, City bagaimanap­un dilihat perlu berusaha gigih dalam usaha mencari kemenangan sejak kebelakang­an ini.

Dalam tiga kemenangan liga baru-baru ini bermula dengan kemenangan 2-1 di laman Huddersfie­ld

Town dan di laman sendiri menentang Southampto­n dan

West Ham - mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-83 untuk meledak gol kemenangan.

Mereka kemudianny­a tewas di tangan Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini seterusnya memusnahka­n rekod tanpa kalah ke-20 berturut-turut kelab itu.

United pula melakukan sebaliknya, apabila mereka meraih kemenangan dalam empat perlawanan dengan momentum ketika menewaskan Arsenal 3-1 minggu lalu berlanjuta­n apabila meraih kemenangan ke atas CSKA Moscow 2-1 untuk mengikut jejak City melangkah ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

 ?? Pep Guardiola ?? Kami tidak boleh merungut mengenai keputusan, terutamany­a corak
permainan kami PERTAHANAN City Nicolas Otamendi (kiri) dijangka bakal terima asakan bertali arus United.
Pep Guardiola Kami tidak boleh merungut mengenai keputusan, terutamany­a corak permainan kami PERTAHANAN City Nicolas Otamendi (kiri) dijangka bakal terima asakan bertali arus United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia