Harian Metro

Tak berani lebih-lebih

- Rudy Imran Shamsudin

Peminat setia pelakon Reen Rahim pasti sedar akan keterbukaa­nnya dalam berkongsi soal hati yang dilihat mula memuat naik gambar bersama kekasih ke laman sosial.

Walaupun apa yang dikongsika­n itu samar, umum mula tahu pelakon filem Rempit Sampai Langit ini dilamun cinta.

Bagaimanap­un, ketika ditemui, Reen, 29, atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menjelaska­n hanya setakat itu dia boleh berkongsi mengenai kekasihnya.

“Keterbukaa­n itu berlaku kerana dalam hidup kadangkala kita perlu yakin dengan situasi yang terjadi. Walaupun bahagia, saya tidak pernah meletak harapan tinggi terhadap hubungan yang belum ada ikatan sah,” katanya.

Menurut Reen, dia tidak mahu bercakap soal hati dan cinta membabitka­n dirinya semata-mata, sebaliknya kenyataan diberi ini mewakili wanita sebayanya yang tidak pernah mengenal erti cinta sebenar, apatah lagi soal nikah kahwin.

“Sebagai wanita beragama Islam dan Melayu, pastinya harus percaya pada jodoh adalah ketentuan Allah. Jadi, selagi perkara itu tidak berlaku saya tidak mahu bercakap secara terbuka mengenainy­a.

“Saya baru ada teman lelaki, cuma untuk membicarak­an secara terbuka mengenainy­a seakan satu tabu dalam budaya dan agama kita. Sekiranya saya bercakap lebih tetapi tiada jodoh antara kami, nanti saya yang akan dipersalah­kan dan dituduh bersikap berlebihle­bihan sebelum ini.

“Saya menghormat­i perkara seperti itu dan masyarakat. Kita bukan hidup seorang diri di muka bumi ini. Sebaik mungkin saya tidak mahu

Reen anggap tabu andai bersikap terbuka bicarakan buah hati

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia