Harian Metro

Rempit Sampai Langit sangat istimewa

-

Terbaru Reen mengadakan sesi menonton filem terbaru lakonannya Rempit Sampai Langit bersama Reenduyou. Hampir 30 ahli kelab peminatnya menyertain­ya atas inisiatif sendiri.

Bercerita mengenai maklum balas diberikan peminat terhadap filem lakonannya, kata Reen, hampir semua menggemari­nya dan mengatakan ia sangat lucu.

“Sebenarnya Rempit Sampai Langit yang diterbitka­n Suhan Movies Sdn Bhd sangat istimewa kepada diri saya secara peribadi.

“Penggambar­an filem ini dilakukan ketika saya baru bergelar juara program realiti TV, Pilih Kasih. Ia antara karya yang membuka peluang untuk saya mengembang­kan bakat sebagai pelakon filem,” katanya.

Selepas membintang­i filem ini, penerbit dan pengarah mula nampak bakat Reen tidak terhad pada drama semata-mata.

“Selepas Rempit

Sampai Langit, banyak lagi tawaran berlakon filem yang saya terima antaranya Gangster Celop, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah dan Balun,” katanya.

Menurut Reen, semua ini membuatkan peminat percaya dengan bakatnya dan mencalonka­nnya dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular BH 3.0 lalu.

“Sebenarnya sebagai pelakon saya tidak meletakkan dalam fikiran bahawa saya harus memberikan fokus kepada filem semata-mata. Malah saya tidak keberatan andai diberi watak kecil dalam filem. Saya sebenarnya mahu penggiat dan umum kenal saya sebagai pelakon tidak kira filem mahupun drama,” katanya.

Katanya, mungkin pada awal pembabitan dia pernah meletakkan sasaran berlakon drama bersiri untuk slot popular mahupun filem tetapi apa yang difikirkan sekarang ini adalah watak.

“Sepanjang 2017 bersama syarikat pengurusan Mindorder

Sdn Bhd, mereka banyak memilih watak berat untuk saya yang lebih memberikan kepuasan dan cabaran baru. Jadi, pada masa akan datang sudah tentu saya mengharapk­an yang lebih baik.

“Sehingga sekarang, saya tidak pernah menganggap filem atau drama yang dilakonkan itu bagus atau tidak. Saya juga tidak kesah ia filem gred A atau B, berbajet besar atau tidak, sebaliknya saya lebih menilai watak yang mahu dijayakan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia