Harian Metro

Kuasa tular hanya sebentar

-

Itulah kuasa tular dalam media sosial. Ikutkan, Andi artis baru dari Sabah yang dicungkil bakatnya daripada aplikasi SMULE dan pernah tampil dengan single Tiada Lagi Maaf.

Lepas setahun, namanya masih kurang dikenali tetapi kerana Tak Tun Tuang, tiba-tiba nama Andi jadi sebutan.

Begitu juga dengan Upiak dari Sumatera, Indonesia, sudah menghasilk­an 19 album yang setiap satu ada lapan hingga 10 lagu tetapi yang satu ini benar-benar membawa kejayaan besar kepadanya.

Upiak, yang nama sebenarnya Silvia Nanda, mula menyanyi ketika berusia 13 tahun dan Tak

Tun Tuang yang bermaksud bunyi pukulan gendang, adalah nukilan Upiak sendiri (lirik) manakala melodi oleh kawannya, Ardi Tanjung.

Ia dihasilkan pada 2014 untuk album ke-14 Upiak tetapi baru kini Tak Tun Tuang dikenali di Malaysia hingga ramai yang membuat saduran dan parodi termasuk Andi yang terus popular.

Ramai juga penyanyi popular memilih lagu ini sebagai saduran dan parodi hingga tiba-tiba demam

Tak Tun Tuang melanda seterusnya membawa

Upiak bertandang ke Kuala Lumpur minggu lalu.

Selama di sini, perhatian diberikan kepada Upiak sungguh luar biasa dengan liputan sangat besar bukan hanya media cetak malah media elektronik. Upiak diundang menjadi tetamu program televisyen dan radio. Upiak juga meneruskan jelajahnya hingga ke Thailand. Itulah tuah Tak Tun Tuang.

Kita lihat sampai bila Andi dan Upiak terus mengekalka­n keberadaan­nya dalam dunia seni kerana kuasa tular ini hanya seketika.

Upiak berkemungk­inan besar terus menghasilk­an album manakala Andi perlu membuktika­n kehebatann­ya untuk terus dikenali. budak baru kerana selalunya penyanyi baru menyanyika­n lagu orang lama.

Persembaha­n peserta GV4 seperti Tia, Hazami, Liza Hanim dan Aishah mendapat pujian dan dikatakan memberi persembaha­n jauh lebih baik berbanding penyanyi asal.

Aishah begitu santai menyanyika­n Tergantung Sepi dan Liza Hanim mendapat ujian tinggi untuk Warkah Untukku begitu juga Hazami (Jampi).

Tentunya ia cabaran besar buat mereka apabila tampil ‘live’ berentap di pentas AJL32 yang diketahui sebagai acara pertanding­an prestij yang menguji kemampuan penyanyi.

Kalau vokal tidak mantap, jelas terserlah kelemahan mereka kerana selama ini hanya dengar lagu daripada album. Kalau menyanyi live, hancur.

Berbeza dengan penyanyi dulu, vokal dari dalam dan mereka yang mempunyai vokal mantap mampu bertahan lama.

Ramai kata penyanyi sekarang bertuah kerana ramai berbantu alat moden ketika rakaman, tidak seperti penyanyi dulu.

Kita nantikan persembaha­n BBNU ini di pentas AJL32 nanti.

 ??  ?? UPIAK dapat perhatian besar ketika datang ke Kuala Lumpur minggu lalu.
UPIAK dapat perhatian besar ketika datang ke Kuala Lumpur minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia