Harian Metro

Impian 11 tahun tertunai

-

kaedah Skype tidak membantu,” katanya.

Imran berkata, mereka kemudian menukar cadangan untuk merakam bahagian masing-masing dan berhubung melalui e-mel.

Hasilnya, projek itu berjaya direalisas­ikan dan dirakam hujung tahun lalu.

Imran dan NJWA bersyukur kerana lagu yang sudah dilancarka­n beberapa minggu lalu itu mula mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Paling mengejutka­n ialah ia berjaya berada di tangga teratas beberapa carta muzik dalam talian seperti Spotify.

Mereka akui lagu itu mungkin tidak serancak lagu lain yang acap kali dimainkan di stesen radio tempatan tetapi penangan Sentiasa Merinding di media sosial melangkaui sempadan.

Kata mereka, selama bergiat dalam bidang muzik, mereka tidak pernah mendapat sokongan padu seperti penyanyi lain yang sering mendapat jutaan tontonan di YouTube.

Apatah lagi kerana mereka sedar, cakupan muzik mereka lebih terarah kepada pendengar urban yang sukakan sentuhan moden pop, R&B, jazz dan hip hop.

Untuk karya duet pertama ini, mereka memilih untuk menyerapka­n elemen

Melayu supaya ia lebih luas penerimaan­nya.

“Apabila melihat respons diterima lagu duet ini di laman media sosial, kami terkejut. Sambutanny­a cukup meriah. Melalui kemas kini terbaru digital, kami dapati Sentiasa Merinding berada dalam 50 Teratas Tular Malaysia Spotify,” kata Imran gembira.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia