Harian Metro

Asal kemas, selesa memadai

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Walaupun namanya tidak sehangat dulu, namun minat komposer popular Saari Amri, 50, terhadap muzik tidak pernah pudar.

Semangat Saari atau nama sebenarnya, Saari Jusoh masih membara hingga kini dalam penciptaan lagu.

Bertemu Saari ketika berkunjung ke rumah teres dua tingkat miliknya di Ampang, Selangor, barubaru ini, tatarias di ruang tamu teratur di satu sudut.

Berbicara mengenai dekorasi rumahnya, Saari berkata, semua diuruskan isteri, Senorita Abdul Rahman, 48, dan anak perempuann­ya.

“Saya seorang yang ringkas. Apa saja yang dihias isteri dan anak di ruang tamu rumah ini, saya okay saja.

“Asalkan kemas dan seisi keluarga kami selesa itu sudah memadai,” katanya yang masih sibuk mengurus studio.

Hasil perkongsia­n hidup Saari bersama Senorita, mereka dikurniaka­n empat anak iaitu Mohd Fitri Amri, 22; Iraas Irmarita, 21; Iraas Marliany, 17, dan Amri Farizuan, 14.

Saari yang pernah mencipta nama sebagai komposer popular era 1990an berkata, masa siangnya banyak dihabiskan di studio.

“Walaupun nampak seperti tidak bekerja tetapi masa saya memang banyak dihabiskan di studio saya di Ampang juga.

“Jarak antara rumah dan studio pun tidak jauh, jadi pada waktu siang saya selesa di studio untuk berkarya,” katanya.

Namun, di rumah juga Saari akan berkarya tetapi selalunya pada tengah malam kerana pada waktu itu ilham datang mencurahcu­rah.

“Untuk mendapatka­n melodi lagu sebenarnya bagi saya tidak sukar kerana ilham itu datang pada setiap masa.

“Cuma, pada tengah malam dan suasana pula tenang lagilah sangat mudah untuk saya peroleh ilham lagu baru. Apatah lagi, saya seorang yang teliti dalam penghasila­n sesuatu melodi kerana inginkan karya terbaik,” katanya.

Saari berkata, ilham sesuatu melodi lagu biasa diperolehn­ya dengan memetik gitar sama ada ketika di dalam bilik dan berehat di ruang tamu.

“Bagaimanap­un, bagi mencantikk­an setiap melodi lagu itu memerlukan masa termasuk menulis lirik yang sesuai,” jelasnya.

Ditanya mengenai darah seni yang mengalir pada anaknya, Saari berkata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“Alhamdulil­lah, anak-anak saya turut dianugerah­kan kemahiran bakat bermain alat muzik.

“Anak lelaki saya

Saari banyak habis masa di studio, tatarias

rumah diurus isteri, anak perempuan

 ?? FOTO: ?? SAARI berehat
sambil menonton.
FOTO: SAARI berehat sambil menonton.
 ??  ?? SAARI tenang melayan kucing kesayangan­nya.
SAARI tenang melayan kucing kesayangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia