Harian Metro

Tindakan lebih tegas dan keras

-

Isu tontonan filem secara haram melalui aplikasi Live Facebook atau Instagram semakin parah sejak akhir-akhir ini. Satu demi satu filem tempatan ‘dirogol’ tanpa rela oleh individu biadab yang berkongsi rakaman mereka menerusi laman sosial.

Tidak dinafikan beberapa penggiat filem sudah membuat laporan polis dan pihak pawagam dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) juga sudah memberi amaran kepada penonton pawagam yang didapati bersalah tetapi isunya adalah, sejauh mana penguatkua­saan dilakukan bagi membendung ‘aktiviti haram’ ini?

Cik Pang ingin melihat pesalah, tidak kiralah dewasa atau remaja yang biadab ini tidak saja ditangkap tetapi dipenjara atau didenda dengan hukuman paling berat.

Kalau boleh, biar semua kes berkaitan diberi liputan media secara meluas supaya masyarakat sedar bahawa tindakan keras memang wujud untuk pesalah terbabit.

Cik Pang percaya, masalah sebegini masih timbul adalah kerana pesalah tidak sedar wujudnya tindakan terhadap mereka.

Iyalah, teman media Cik Pang selalunya hanya beri liputan mengenai karyawan filem membuat laporan polis tetapi tindakan selepas itu jarang diangkat.

Cik Pang percaya cadangan ini pasti dipersetuj­ui karyawan filem dan drama tempatan, betul tak? Ini adalah masa untuk semua karyawan filem, agensi penguatkua­sa dan jabatan kerajaan terbabit untuk betul-betul bertindak menangani masalah ini.

Jangan tunggu apabila situasi menjadi semakin parah dan sukar dibendung, baru tindakan akan diambil.

Lebih baik cegah sebelum parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia