Harian Metro

Kritik sinis sikap Melayu

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON: cinta, tetapi melalui watak Jibam sendiri.

Bahasa filem melalui karakter, kerja kamera, syot, dialog, babak dan aspek lain jelas menyentuh beza dua sisi optimis dan pesimis bangsa Melayu.

Mungkin jika penonton pernah membaca novel

Jibam dan melihat dengan mata hati, segala sisi itu dapat dilihat dengan jelas.

Dari segi teknikal, filem ini membuka babak dengan besar melalui gambaran hutan belukar, sungai dan suasana kampung yang memukau.

Sinematogr­afi dan kerja kameranya layak dijaja ke festival filem antarabang­sa luar negara. Begitu juga lontaran lakonan oleh Bohari Ibrahim, Syafie Naswip dan Farah yang berada pada tahap terbaik tersendiri.

Pun begitu, di sebalik keindahan dan kehebatan fizikal filem, proses suntingan penceritaa­n filem Jibam ini lemah terutama pada babak-babak akhir seolah-olah filem ini terlalu cepat mahu dihabiskan.

Disebabkan itu, beberapa babak yang mempunyai momen besar kelihatan kurang diberi ruang sewajarnya untuk berkembang.

Antaranya apabila babak Tok Ngah Sudin mula menyesal dengan perbuatan jahatnya sebelum ini dan Jibam pula cuba memujuk lelaki itu ‘berkawan’ dengannya.

Momen perubahan sikap antara Tok Ngah Sudin dan Jibam sewajarnya diberi ruang lebih luas untuk berkembang supaya motif penyesalan itu lebih memberi kesan kepada penonton.

Rumusannya, Jibam adalah filem yang wajib ditonton jika penonton rindukan sebuah filem ‘kampung’ tetapi mempunyai elemen besar yang mampu mengubah perspektif hati.

Ditambah pula dengan elemen hubungan komikal di antara watak Tok

Ngah Sudin dan Jibam, menjadikan filem ini lebih santai.

Satu lagi, filem ini adalah jawapan kepada mereka yang sering mencanang dalam media sosial kononnya dahagakan sebuah filem berkualiti soal bangsa dan budaya. Nah! Ini masanya untuk anda buktikan katakata!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia