Harian Metro

Wonder dalami nilai keluarga, hati

-

komplikasi masalah pernafasan, penglihata­n dan pendengara­n.

Disebabkan masalah dihadapi, dia terpaksa bersekolah di rumah oleh ibunya, Isabel sehingga

Gred 5.

Filem ini berkisar kepada pengalaman­nya menjadi sebahagian daripada suasana baru apabila mula memasuki sekolah biasa.

Filem ini turut fokus pada kakaknya, Olivia yang berdepan dengan perasaan ‘disisihkan’ kerana perhatian penuh diberikan keluarga kepada Augie.

Watak Olivia mungkin dianggap ‘underrated’ tetapi sekiranya dilihat dengan lebih mendalam, pengorbana­nnya jauh lebih besar.

Jujur dikatakan, filem ini berjaya dalam penyampaia­n momen drama dan sedikit sentuhan humor. Susunan emosinya dikembangk­an dengan hampir sempurna.

Walaupun kekuatan filem bergantung pada set cerita pengalaman dilalui keluarga Augie, ia sebenarnya boleh dilihat pada sudut lebih besar terutama terhadap keadaan realiti di sekitar kita yang sentiasa berlaku tanpa kita sedar.

Dari segi lakonan, semua pelakon melakukan tugas yang sangat bagus. Selain Jacob sebagai Augie, Julia Roberts yang memegang watak ibu, Owen Wilson (bapa), Izabel Vidovic (Olivia), malah pelakon pembantu lain berjaya memberi lontaran rasa yang berkesan.

Hampir setiap daripada mereka diberi ruang emosi yang adil. Pun begitu, sekali-sekala pemilihan Owen sebagai suami Julia kelihatan canggung kerana sekali imbas ibarat anak dan ibu. Dia juga kadangkada­ng kurang menonjol berbanding watak lain.

Paling penting, Chbosky sebagai pengarah bijak menjadikan filem ini karya yang memberi inspirasi kepada penonton.

Dia tahu menunjukka­n kemanisan dan kesan ‘tenang’ selama tontonan.

Jika anda mencari sebuah filem yang mampu membuatkan anda mendalami nilai keluarga dan hati, Wonder adalah pilihan terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia