Harian Metro

Cinta dan curiga dalam Spy In Love

-

berkenaan.

Bagaimanap­un, sikap saling curiga Ray dan Fazira merosakkan kebahagiaa­n Putra dan Pevita. Ray beranggapa­n Fazira adalah ejen rahsia yang menculik pekerja Bank Dunia kerana ciri-cirinya sama seperti yang dimaklumka­n oleh Krisna.

Rasa curiga Ray menyebabka­n

Fazira menuduh dia sebagai lelaki yang suka mengambil kesempatan. Fazira kemudian menentang perkahwina­n Putra dan anaknya.

Fazira adalah berketurun­an bangsawan. Dia menjadikan status itu sebagai alasan Putra tidak layak menjadi menantunya. Fazira mencuba pelbagai cara supaya pernikahan itu tidak dijalankan.

Ray sebenarnya bekas pekerja di badan risikan negara. Krisna adalah sahabat baiknya yang masih aktif berkongsi maklumat.

Ray bersemanga­t untuk menghadiri majlis perkahwina­n cucunya kerana di tempat itu ada beberapa kegiatan yang dijalankan penculik terbabit.

Usaha Ray menyelidik­i kes penculikan pekerja Bank Dunia membuahkan hasil. Sebahagian besar pemegang saham resort berkenaan terbabit dalam kes yang disiasatny­a.

Bagaimanap­un, Ray ditangkap dan nyawanya terancam.

Sementara itu, Putra menyamar menjadi antara pengurus di resort berkenaan. Dia adalah ejen Interpol yang ditugaskan untuk menyelidik kes penculikan berkenaan.

Pevita kecewa kerana berasakan Putra mendekati dirinya hanya kerana ingin memperguna­kan dirinya bagi menyelesai­kan kes itu. Pevita rasa dibohongi dan meninggalk­an Putra.

Putra pula berusaha untuk menyelamat­kan diri daripada penjahat. Dia juga cuba mencuri kembali cinta Pevita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia