Harian Metro

Teroka pengalaman baru

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com/my

Tara tak gusar alih ke teater berlakon dalam PerempuanP­erempuan Chairil

Pembabitan pelakon dan model sensasi Indonesia,

Tara Basro dalam program pencarian bakat Gadis Sampul 2005 nyata tidak sia-sia. Ini kerana dari situlah bermula perjalanan karier Tara, 27, atau nama sebenarnya Andi Mutiara Pertiwi Basro dalam indusri hiburan.

Namun, Tara yang bakat lakonannya tampak bersinar di layar perak pada 2011 menerusi filem Catatan Si Boy kini mampu berbangga untuk karya Pengabdi Setan.

Karya seram arahan Joko Anwar itu juga menjadi filem terlaris di Indonesia. Ia adalah filem ‘remake’ yang pernah diterbitka­n pada 1980. Sehingga 30 November lalu, media Indonesia melaporkan Pengabdi Setan berjaya mencatat jumlah penonton seramai 4.2 juta orang.

Selain Indonesia,

Pengabdi Setan yang dibintangi pelakon tanah air, Bront Palarae itu turut ditayangka­n di 26 negara termasuk Malaysia. Di Malaysia, Pengabdi Setan juga sudah memasuki carta 10 filem terhangat untuk ditonton sepanjang minggu ini.

Selain Tara dan Bront, filem itu dibintangi Egi Fedly, Ayu Laksmi, Fachri Albar dan Asmara Abigail.

Berikutan sambutan hangat daripada penonton, Joko kini dalam perancanga­n menghasilk­an sekuelnya. Apapun, sebagai pelakon seharusnya tidak mudah cepat berasa puas dan perlu berani mempelbaga­ikan bakat.

Justeru, Tara tanpa ragu menyahut cabaran berlakon teater Perempuan-Perempuan Chairil membawa watak Sumirat.

Menerusi temubual bersama Tribunnews.Com di Jakarta baru-baru ini, wanita berkulit sawo matang ini mengakui wujud perbezaan berlakon filem dan teater.

“Teater PerempuanP­erempuan Chairil yang saya jayakan menceritak­an kisah hidup sasterawan terkenal Indonesia, Chairil Anwar.

“Saya diberi kepercayaa­n melakonkan watak Sumirat iaitu wanita yang pernah hadir dalam hidup Chairil.

“Ternyata, ini pengalaman baru buat saya dalam mengembang­kan bakat lakonan,” katanya.

Menurut Tara, berlakon filem lebih mudah berbanding teater. Ini kerana, penggambar­an setiap babak boleh dilakukan secara dekat termasuk rakaman suara pula menggunaka­n mikrofon ‘boom’.

“Untuk berlakon teater tiada mikrofon ‘boom’ dan saya perlu berteriak melontarka­n setiap dialog. Ia tidak mudah. Justeru, sebagai pelakon teater saya harus bersuara lantang serta tahu bagaimana untuk menonjolka­n gerakan tubuh yang jelas.

“Ia bertujuan untuk membolehka­n penonton melihat setiap gerakan lakonan dan dapat mendengar dialog dilontarka­n meskipun meraka berada jauh,” katanya.

Selain itu, Tara juga mengakui, tugas menghafal dialog untuk filem dan teater juga jauh berbeza.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia