Harian Metro

Ibu bapa mentor 3 beradik

-

Norliza dan dua adik gigih bekal telekung eksklusif serta kelengkapa­n haji

untuk mengusahak­an perniagaan sendiri. Awalnya, saya ingin membuka stesen minyak tetapi bertukar ke jualan telekung eksklusif selepas mendapat petunjuk hasil melakukan solat istikharah,” katanya.

Ternyata darah peniaga juga mengalir dalam diri adik-beradik lain apabila dua adik lelakinya, Khairul Azemy, 44, dan Mohd Fakhrin, 27, mengikut jejaknya dan mereka bersama-sama mengusahak­an perniagaan telekung eksklusif berkenaan.

Siapa lagi yang menjadi mentor buat tiga beradik berkenaan kalau bukan ibu bapa sendiri. Ahmad Shairuzi Mohammad,

76, dan Farizatul Akmal, 65, yang sudah berhenti menjual kerepek akibat faktor usia bertindak sebagai penasihat.

Selain itu, suami Norliza Hayati iaitu Abdul Rahim Ahmad, 52, dan anak mereka, Harith Danial,

21, turut terbabit dalam perniagaan berkenaan. Masing-masing mempunyai peranan untuk menjayakan perniagaan telekung eksklusif itu sehingga ia berkembang menjadi penyedia kelengkapa­n haji dan umrah.

“Tahun pertama berniaga, kami beroperasi di rumah sehingga kediaman penuh dengan stok barangan jualan. Operasi perniagaan kemudian dibesarkan selepas mendapat suntikan modal daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Saya terpilih menyertai program pembanguna­n usahawan PKNS dikenali Pemantapan 5 Usahawan (5U) dan dalam program ini, usahawan yang berpotensi tidak saja mendapat bimbingan dari segi pengendali­an syarikat, malah diberi modal untuk mengembang­kan perniagaan,” katanya.

Katanya, sebagai penyedia kelengkapa­n haji dan umrah di bawah satu bumbung, bakal jemaah dapat manfaat apabila tidak perlu bersusah payah ke sana ke mari bagi mendapatka­n barangan di kedai yang berbeza.

Beliau juga bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran dalam industri pembuatan telekung, malah kini berupaya mengeluark­an 5,000 telekung sebulan dengan mengupah ibu tunggal sebagai penjahit.

 ?? FOTO: ?? (DARI kanan) Mohd Fakhrin, Farizatul, Norliza Hayati, Ahmad Shairuzi, Khairul Azemy dan Abdul Rahim, sekeluarga kembangkan jualan telekung meliputi kelengkapa­n umrah dan haji.
FOTO: (DARI kanan) Mohd Fakhrin, Farizatul, Norliza Hayati, Ahmad Shairuzi, Khairul Azemy dan Abdul Rahim, sekeluarga kembangkan jualan telekung meliputi kelengkapa­n umrah dan haji.
 ??  ?? NORLIZA Hayati bersama keluarga yang banyak mendorongn­ya berjaya dalam perniagaan.
NORLIZA Hayati bersama keluarga yang banyak mendorongn­ya berjaya dalam perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia