Harian Metro

Ciri keselamata­n terbaik

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Selepas Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Honda CR-V, Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) memperkena­lkan teknologi keselamata­n Honda Sensing untuk model terbaru Accord sebagai nilai tambah terhadap pendahulu kenderaan segmen D itu di negara ini.

Boleh didapati dalam varian Accord 2.4 VTi-L Advance, varian tertinggi itu juga dilengkapi lampu hadapan dan belakang

LED, unit Paparan Audio Termaju bersaiz tujuh inci dengan i-MID yang boleh dipadankan bersama

Apple CarPlay dan Android Auto Ready serta Honda LaneWatch.

Naib Presiden Kumpulan HMSB, Akkbar Danial berkata, ketika generasi kesembilan Accord dilancarka­n pada 2013, model berkenaan sudah menetapkan tanda aras baru dalam kenderaan segmen D dengan ciri premium dan moden seperti kamera LaneWatch.

“Pengenalan teknologi Honda Sensing terhadap model Accord adalah pakej premium lengkap untuk kenderaan bawah RM200,000 dalam pasaran tempatan. Ini adalah ciri tambahan untuk kemudahan dan keselamata­n pengguna,” katanya.

Antara ciri utama Honda Sensing ialah Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) bagi menetapkan kelajuan dan jarak dengan kenderaan hadapan sebagai langkah keselamata­n ketika pemanduan.

Sistem Amaran Pelanggara­n Hadapan (FCW) pula mengenal pasti kenderaan di hadapan dengan mengeluark­an bunyi amaran dan visual sekiranya risiko pelanggara­n dikesan. Bagi Sistem Brek Penguranga­n Pelanggara­n (CMBS), teknologi ini boleh bantu pemandu membrek secara progresif apabila risiko pelanggara­n semakin tinggi.

Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS) yang diaktifkan melalui kamera akan membaca tanda atau garisan di jalan raya dan membantu pemandu serta kenderaan kekal pada laluan.

Penguranga­n Pelepasan Laluan (RDM) akan menggunaka­n brek dan membantu pemandu memutar roda stereng sekiranya kenderaan mereka terlalu hampir dengan pembahagi jalan raya.

Amaran Pelepasan Laluan (LDW) memantau posisi laluan kenderaan melalui kamera dan memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan menukar laluan tanpa mengaktifk­an lampu isyarat.

Honda Accord didatangka­n dalam dua varian iaitu 2.0 Vti-L dan 2.4 VTi-L Advance yang dijual pada harga bermula RM149,350 dan RM169,800 (tanpa insurans).

Lima warna ditawarkan iaitu Putih Orchid Pearl, Biru Obsidian Pearl, Perak Lunar Metallic, Modern Steel Metallic dan Hitam Crystal Pearl. Setiap varian didatangka­n bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Model Accord kini dilengkapi dengan Honda Sensing

 ??  ?? HONDA Accord kini dilengkapi Honda Sensing.
HONDA Accord kini dilengkapi Honda Sensing.
 ??  ?? TEKNOLOGI Honda Sensing tampil premium.
TEKNOLOGI Honda Sensing tampil premium.
 ??  ?? LAMPU hadapan dan belakang LED.
LAMPU hadapan dan belakang LED.
 ??  ?? AKKBAR
AKKBAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia