Harian Metro

Lampu hadapan berkelip

-

saya berusia 10 tahun dan ketika memandu pada waktu malam dengan pendingin udara dipasang, pemampat on/off lampu hadapan akan berkelip. Apakah puncanya?

Kedua, adakah selamat menggunaka­n rawatan enjin berbentuk serbuk nano seramik yang didakwa boleh menutup kesan calar pada silinder dan bahagian enjin lain?

Hairul Anuar Mokhtar, Kemaman, Terengganu

depan adalah komponen yang menggunaka­n banyak kuasa bateri. Lampu kereta juga menjadi komponen pertama mengalami penurunan prestasi sekiranya ada kerosakan pada sistem elektrik.

Kerosakan ini berpunca daripada sistem pembumian yang buruk, kegagalan alternator atau wayar yang terdedah.

Sekiranya lampu hadapan berkedip dengan sendiri, ini menunjukka­n ada kerosakan serius dalam sistem elektrik kereta anda.

Selain itu, motor kipas penyejuk enjin dan pendingin udara adalah satu penyebab penguranga­n kuasa elektrik.

Keadaan sama juga akan dialami sekiranya pam bahan api kurang baik, klac pemampat dan motor pengelap cermin depan diaktifkan selain sistem stereo yang melampau.

Periksa penyambung lampu sama ada longgar atau disebabkan oleh mentol.

Kebanyakan alternator menggunaka­n pengawal voltan terbina dalam untuk mengekalka­n output pada voltan 14.2 V atau lebih.

Berkaitan soalan kedua, nano seramik menawarkan salutan platinum seramik pada enjin yang membolehka­n kecekapan pembakaran dalaman dapat ditingkatk­an.

Bahan seramik digunakan untuk salutan enjin perlu mempunyai kekonduksi­an atau aliran haba yang rendah dan kestabilan suhu tinggi serta pengembang­an termal yang sesuai.

Tidak dinafikan ada produk berasaskan nano seramik sudah dibuktikan melalui ujian makmal.

Cuma adakah benar cukup berkesan sehingga mampu memberikan perbezaan yang ketara atau berbaloi dengan belanja yang dikeluarka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia