Harian Metro

Himpunan Scomadi

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

150 pemilik meriahkan B.O.S. 2.0 pamer

kreativiti dan keunikan jentera

Pelbagai kreativiti dan keunikan ditampilka­n pemilik skuter Scomadi dapat dilihat dalam acara ‘Best Of Scomadi (B.O.S) 2.0’ yang diadakan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Acara dianjurkan

Kelab Scomadi Johor menerima 150 penyertaan dari Semenanjun­g dan Singapura.

Acara dilangsung­kan bermula jam 12 tengah hari sehingga 7 malam di Kilang Bateri,

Kawasan Perindustr­ian Tampoi, ternyata mendapat sambutan memberangs­angkan dengan dikunjungi lebih 2,000 peminat skuter.

Malah, Scomadi turut melancarka­n model terbaru Scomadi TT125i yang dirasmikan Pengarah Urusan Motor Legends Enterprise Sdn Bhd, Ronnie Chen.

Wakil penganjur, Hayrul Izwan berkata, B.O.S 2.0 adalah acara tahunan khas untuk semua pemilik skuter Scomadi dan program kedua dianjurkan pihaknya.

Menurutnya, sebanyak 10 kategori dipertandi­ngkan termasuk King Of Scomadi 2.0.

“Acara kedua ini lebih meriah dan mendapat sambutan menggalakk­an berbanding tahun lalu apabila seramai 150 pemilik skuter Scomadi dengan kreativiti tersendiri menyertain­ya.

“Sebanyak 10 kategori dipertandi­ngkan dan kemuncakny­a, ahli kelab Scomadness KL, Amir Baharuddin dinobatkan sebagai King Of Scomadi 2.0 pada kali ini,” katanya.

Katanya, motif dan misi utama penganjura­n bertujuan memupuk ukhuwah dan silaturahi­m antara pemilik skuter selain bertukar pendapat untuk menaikkan ‘seri’ skuter masing-masing.

“Kami kini merangka untuk mengadakan

B.O.S 3.0 di Kuala Lumpur dan membuka penyertaan kepada pemilik Scomadi dari negara jiran,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melihat Scomadi TT125i yang dilancarka­n.
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang melihat Scomadi TT125i yang dilancarka­n.
 ??  ?? ANTARA jentera yang mencuri perhatian.
ANTARA jentera yang mencuri perhatian.
 ??  ?? ANTARA skuter Scomadi yang menyertai pertanding­an.
ANTARA skuter Scomadi yang menyertai pertanding­an.
 ??  ?? PELBAGAI gaya dan kreativiti ditampilka­n.
PELBAGAI gaya dan kreativiti ditampilka­n.
 ??  ?? WAKIL penganjur menyerahka­n Trofi King Of Scomadi
kepada Amir.
WAKIL penganjur menyerahka­n Trofi King Of Scomadi kepada Amir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia