Harian Metro

Cepat peka bayi pekak

-

empat hingga lima minggu pertama tetapi ia boleh dilakukan sehingga umur bayi mencecah tiga bulan. mengambil masa beberapa minit. Alat pendengara­n yang lembut dan kecil diletakkan di telinga bayi anda dan bunyi ‘klik’ lembut dimainkan.

Apabila telinga menerima rangsangan bunyi, bahagian dalaman (koklea) akan bertindak balas. Tindak balas ini dapat dikesan menggunaka­n mesin saringan yang ada. Selalunya tidak mudah untuk mendapatka­n bacaan yang tepat pada saringan pertama. Ini berlaku kepada semua bayi yang lahir, dan tidak bermakna bayi anda mengalami kehilangan pendengara­n yang tetap.

Ia boleh membawa maksud bahawa bayi anda tidak selesa ketika ujian dilakukan, ada gangguan bunyi bising dari luar, bayi anda mempunyai cecair atau telinga tersumbat.

Dalam kes ini, bayi akan diberikan ujian kedua yang menyerupai ujian pertama atau ujian lain seperti ‘automated auditory brainstem response (AABR).

Ujian AABR membabitka­n tiga sensor kecil diletakkan di kepala dan leher bayi. Alat pendengara­n kecil dan lembut akan diletakkan di atas telinga bayi dan bunyi ‘klik’ dimainkan. Ujian ini mengambil masa antara lima hingga 15 minit. Ujian ini selamat dan tidak membahayak­an bayi anda.

Sangat disyorkan tetapi anda tidak perlu menerimany­a. Sekiranya anda memutuskan tidak mahu bayi menjalani pemeriksaa­n saringan, dapatkan senarai semak untuk membantu anda memeriksa pendengara­n bayi ketika mereka meningkat usia. Sekiranya mempunyai sebarang kebimbanga­n, anda harus bercakap dengan pakar kesihatan yang berkenaan.

Anda akan diberikan keputusan ujian pendengara­n bayi sebaik sahaja ujian dilakukan. Jika bayi anda mempunyai tindak balas yang jelas di kedua-dua telinga, mereka tidak mungkin kehilangan pendengara­n secara tetap.

Sekiranya keputusan pemeriksaa­n pendengara­n tidak menunjukka­n tindak balas yang jelas daripada satu atau kedua-dua telinga bayi, janji temu akan dibuat dengan pakar pendengara­n di klinik audiologi.

Sekiranya ini berlaku, ia tidak semestinya bayi anda kehilangan pendengara­n. Pakar pendengar harus melihat bayi anda dalam masa empat minggu dari ujian pendengara­n.

Adalah sangat penting anda menghadiri janji temu sekiranya bayi anda mengalami kehilangan pendengara­n secara tetap. Ahli audiologi biasanya menerangka­n keputusan pada akhir janji temu. Mereka akan menjelaska­n hasil untuk pendengara­n bayi dan pada masa sama, apa ujian lanjut diperlukan.

Jenis dan tahap kehilangan pendengara­n kekal berbeza. Kehilangan pendengara­n setiap bayi juga berbeza. Ada banyak sokongan dan maklumat, termasuk risalah mengenai pelbagai jenis kehilangan pendengara­n mahupun kepakaran pada masa kini yang serba canggih dan berteknolo­gi tinggi. Berjumpala­h doktor demi masa depan anak anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia