Harian Metro

Kanak-kanak lebih mudah lemas

- DARI MUKA 24

Tiga minit tanpa oksigen, sel otak akan mati

“Lemas berlaku apabila seseorang itu tidak dapat bernafas disebabkan aras mulut dan hidung tenggelam ke dalam air. Dalam situasi lemas biasanya, air disedut memasuki rongga mulut dan paru-paru, ini menyebabka­n jumlah tisu paru-paru yang berfungsi untuk menyerap oksigen berkuranga­n. Semakin lama seseorang itu tenggelam, semakin banyak air di dalam paruparu dan semakin kurang oksigen dapat diserap.

“Akhirnya, semua tisu paru-paru akan ditenggela­mi air dan tiada oksigen yang dapat disedut lagi. Dalam keadaan itu, semakin kurang bekalan oksigen sampai ke tisu badan terutama jantung dan otak. Akhirnya jantung tidak dapat mengepam darah dan seterusnya kematian terjadi akibat tisu otak mati.

“Penting untuk memahami jika mangsa dapat diselamatk­an pada peringkat awal, kebarangka­lian tisu badan untuk kembali berfungsi adalah tinggi. Ada juga mangsa yang mengalami kerosakan organ badan mengejut menyebabka­n mereka koma dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, risiko kematian lemas berbeza bagi golongan dewasa mahupun kanak-kanak atau mereka yang mempunyai sejarah penyakit respirator­i.

“Kanak-kanak akan lebih mudah lemas disebabkan oleh ketinggian mereka. Mereka juga lebih cepat mengalami masalah sesak nafas disebabkan saiz paru-paru yang secara relatifnya lebih kecil berbanding orang dewasa. Oleh itu kadar kematian mangsa kanak-kanak adalah lebih cepat.

“Faktor lain mangsa yang mempunyai sejarah asma dan juga mempunyai jangkitan paru-paru seperti pneumonia menyebabka­n keadaan menjadi lebih teruk berbanding orang biasa.” katanya.

Insiden lemas tidak sekadar memberi kesan kepada fungsi organ dan fizikal mangsa sematamata, elemen lain seperti mental atau psikologi turut terkesan kerana insiden itu.

“Bagi mangsa yang pernah hampir lemas, mereka mungkin mengalami trauma dan biasanya takut untuk pergi ke kawasan berair seperti sungai, laut, taman tema air dan paling kritikal bilik mandi,” katanya.

Dr Hanafiah berkata, tiada perkara lebih penting buat mangsa lemas melainkan bantuan kecemasan dalam memastikan kelangsung­an dan keselamata­n nyawa.

“Dalam kes lemas, bantuan perlu diberikan dengan segera. Tidak boleh dilengahka­n kerana tiga minit tanpa oksigen, sel otak akan mati. Apabila sel otak mati, bermakna mangsa juga akan mati.

“Biasanya dalam usaha menyelamat­kan mangsa lemas ada prosedur standard boleh dijadikan panduan buat orang awam. Ketika ini ilmu mengenai Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR) cukup penting untuk membantu mangsa,” katanya.

Prosedur standard selamatkan mangsa lemas

Keluarkan mangsa dari kawasan kejadian sepantas mungkin.

Bawa mangsa ke kawasan selamat terlebih dulu. Jika lokasi banjir, pastikan tiada objek berbahaya pada permukaan sebagai contoh wayar elektrik mahupun objek tajam.

Periksa nadi pada tengkuk dan pernafasan pesakit sebelum bantuan dimulakan.

Penyelamat yang mempunyai pengetahua­n pertolonga­n cemas atau CPR perlu salurkan segera bantuan tekanan dada dan mulut ke mulut jika perlu. CPR perlu dilakukan dengan berterusan agar aliran darah ke jantung dan juga oksigen tidak terhenti sehingga paramedik tiba di tempat kejadian.

Bergilir-gilir ketika melakukan CPR kerana prosedur ini boleh memenatkan.

Lebih ramai yang melaksanak­annya, lebih mudah kerja menyelamat mangsa.

Jangan lupa membuat panggilan kecemasan agar bantuan paramedik dapat dihantar dengan cepat.

Perlu diingatkan orang awam bertindak sebagai penyelamat perlu mengutamak­an keselamata­n diri terlebih dulu.

 ??  ?? AIR memasuki mulut dan paru-paru ketika tenggelam.
AIR memasuki mulut dan paru-paru ketika tenggelam.
 ??  ?? Bantuan kecemasan CPR menyelamat­kan mangsa hampir lemas.
Bantuan kecemasan CPR menyelamat­kan mangsa hampir lemas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR Hanafiah
DR Hanafiah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia