Harian Metro

Mati bergaduh dengan rakan sekerja

-

Perselisih­an faham antara dua lelaki akhirnya membawa malapetaka selepas seorang daripada mereka maut di sebuah tapak pembinaan, di sini, malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Agustinus, 22, berasal dari Singkawang, Indonesia ditemui mati kira-kira jam 10 malam dibunuh rakan sekerjanya yang juga rakyat tempatan berusia 26 tahun.

Difahamkan, mereka yang bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan sama bergaduh selepas mangsa dituduh masuk ke bilik suspek tanpa kebenaran sehingga mengundang perbalahan.

Perselisih­an faham sejak tiga hari lalu berakhir dengan tragedi selepas mangsa maut dipercayai ditumbuk dan dicekik suspek.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, sebelum ditemui mati, mangsa bersama suspek serta beberapa rakan meminum minuman keras.

Menurutnya, tidak lama selepas itu berlaku pertengkar­an mulut selain pergaduhan antara mangsa dan suspek.

“Mangsa kemudianny­a masuk ke dalam bilik sebelum suspek yang masih tidak berpuas hati mengekorin­ya,” katanya.

Katanya, rakan mereka yang curiga kemudian memecah tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik berkenaan kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku di antara mangsa dan suspek.

Tambahnya, mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah manakala suspek dicekup sebelum sempat melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia