Harian Metro

PULANGLAH ADING

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Wanita lenyap selepas pulang dari tempat kerja sejak sembilan hari lalu

“Ading, pulanglah… mama inda sihat, dia sakit,” rayu Masriah Otoh, 25, kakak kepada wanita yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di Kampung Kabulu, di sini.

Mastureh, 24, atau lebih dikenali dengan panggilan Ading hilang selepas pulang dari tempat kerja di kampung itu sejak 2 Disember lalu.

Rayuan berkenaan menular dalam Facebook selepas Masriah memuat naik status meminta bantuan orang ramai mengesan adiknya.

Masriah ketika dihubungi berkata, pada hari kejadian, mereka ada berhubung melalui telefon dan saling bertanya khabar.

“Kami berhubung seperti biasa dan pada pagi itu, dia memberitah­u akan ke tempat kerja. Tiada perkara tidak baik atau masalah dia ceritakan kepada kami. Namun sehingga malam, dia tidak pulang ke rumah.

“Seorang kakak saya pula memberitah­u, Ading singgah di rumahnya pada petang itu tetapi didapati tidak pulang ke rumah ibu di kampung sama,” katanya yang menetap di sebuah ladang di estet di Sugut.

Masriah berkata, dia kemudian pergi ke kampung itu dan mereka sekeluarga sudah mencari Mastureh tetapi tidak ditemui.

“Kejadian ini memberikan tamparan besar kepada ibu dan kesihatann­ya terganggu kerana ibu menghidap sakit jantung. Sejak adik hilang, sudah banyak kali ibu pitam.

“Kami berharap adik dapat pulang ke rumah dengan segera kerana ibu sangat merinduiny­a memandangk­an mereka tinggal bersama-sama,” katanya.

Katanya lagi, Ading sudah berkahwin tetapi suaminya bekerja di Semenanjun­g sejak lima bulan lalu.

“Ading pula bekerja di sebuah kedai di kampung.

“Kami tidak tahu sama ada mereka ada masalah rumah tangga dan mereka tidak pernah ceritakan. Namun apabila bersama kami, mereka berdua tidak pernah bergaduh atau sebagainya,” katanya.

Masriah berkata, mereka sekeluarga berharap supaya Ading pulang ke kampung dengan segera dan laporan polis berhubung kehilangan adiknya itu sudah dibuat pada 4 Disember lalu di Balai Polis Sungai-Sungai, Paitan, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superinten­dan V Shivananth­an mengesahka­n laporan diterima berhubung kejadian itu.

 ??  ?? MASTUREH hilang selepas pulang dari
tempat kerja di Kampung Kabulu, Beluran sejak 2
Disember lalu.
MASTUREH hilang selepas pulang dari tempat kerja di Kampung Kabulu, Beluran sejak 2 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia