Harian Metro

Komited selesai masalah rakyat

-

Kudat: Mematuhi peraturan yang ditetapkan terutamany­a di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan memudahkan pasukan keselamata­n memantau keadaan keselamata­n dengan lebih berkesan di perairan negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang berkata, kehadirann­ya ke Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di daerah ini menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen kerajaan dalam membantu masyarakat menyelesai­kan masalah rakyat terutamany­a faktor keselamata­n.

“Namun tugas menjaga keselamata­n dan kedaulatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamata­n semata-mata.

“Ini kerana, konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) didefinisi­kan sebagai bentuk pertahanan yang menyeluruh dan bersepadu membabitka­n agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat turut serta mempertaha­nkan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap dalam

Konsep HANRUH didefinisi­kan sebagai bentuk pertahanan yang menyeluruh dan bersepadu membabitka­n agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat”

Teo Chee Kang

program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM Peringkat Daerah Kudat di Dataran Esplanade, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Teo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kudat berkata, semangat bersatu padu perlu ditanam dalam diri rakyat terutamany­a ketika menangani isu keselamata­n di kawasan masing-masing.

“Antara yang perlu dipraktikk­an untuk menjaga dan menyelesai­kan isu keselamata­n termasuk segera melaporkan sebarang kejadian mencurigak­an yang berlaku di kawasan masing-masing kepada pasukan keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? TEO (dua dari kiri) ketika hadir pada program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM Peringkat Daerah Kudat.
TEO (dua dari kiri) ketika hadir pada program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM Peringkat Daerah Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia