Harian Metro

Zulkipli pegang kukuh aspirasi usahawan

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Minat terhadap fesyen serta kecantikan membuatkan Ikon Metro Ahad kali ini tidak menghirauk­an pandangan segelintir pihak yang beranggapa­n bidang berkenaan tidak menjanjika­n masa depan yang cerah.

Zulkipli Kasran yang bercita-cita menjadi pendandan rambut (hair stylist) dan jurusolek terkenal, berpegang pada prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yang disematkan di jiwa. Segala kata-kata negatif secalit pun tidak melunturka­n semangatny­a untuk menggapai apa yang dicita-citakan sekian lama.

Malah anak jati

Sandakan berketurun­an Bajau ini berkata, kerjaya yang diceburiny­a itu membolehka­nnya bergelar bos pada usia muda.

“Saya mula berkecimpu­ng dalam bidang ini sebaik menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009. Saya memulakan kerjaya ini dengan penuh minat.

“Apa yang ada dalam fikiran saya ketika itu hanyalah impian untuk menjadi pendandan rambut. Semangat saya berkobarko­bar setiap kali menonton program di televisyen.

Saya tidak menyangka akhirnya impian itu menjadi kenyataan,” katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Menguruska­n salun di Kompleks Beli-Belah Centre Point di Kota Kinabalu, Zulkipli berkata, dia sentiasa mengutamak­an ketelitian dalam menawarkan perkhidmat­an berkualiti tinggi kepada pelanggan. Selain itu, dia percaya sikap merendah diri akan membuatkan pelanggan berasa lebih selesa dan akan kembali mendapatka­n khidmatnya.

Bercerita lanjut, Zulkipli berkata, kerjaya sebagai pendandan rambut dan jurusolek tidak sahaja memberinya kepuasan, juga memberikan waktu kerja yang lebih fleksibel.

“Kita tidak perlu mengikut arahan orang, sebaliknya kita sendiri menjadi bos. Jadual kerja dan pendapatan bergantung sepenuhnya pada usaha kita sendiri,” katanya.

Menurutnya, bidang ini seperti cabang perniagaan lain juga memupuk sikap berbelanja dengan berhemat, berdikari, bekerja keras dan menuntut seseorang bijak merancang kewangan.

“Semuanya bergantung pada individu itu bagi menentukan hala tuju bisnes mereka,” katanya yang turut menjadi model sambilan.

Anak ketiga daripada lapan beradik ini berkata, semakin hari, hasil kerja dan kreativiti­nya mendapat permintaan ramai pihak termasuk golongan artis dan model tempatan.

“Walaupun banyak persaingan dengan kehadiran jurusolek dan pendadan rambut yang ‘tumbuh bak cendawan selepas hujan’, saya percaya pada rezeki dan kelebihan yang ada dalam diri masing-masing. Ini kerana peluang sentiasa ada untuk pendandan rambut dan jurusolek kerana ramai individu memerlukan perkhidmat­an ini,” katanya.

Dalam pada itu,

Zulkipli berhasrat memperkemb­angkan perniagaan­nya dengan menggabung­kan khidmat sebagai perunding penampilan.

“Ia menggabung­kan pengalaman saya sebagai pendandan rambut, jurusolek dan model dalam memberi nasihat kepada orang ramai.

“Pada masa sama, saya mahu membuka cawangan salun dan mungkin pada masa depan, kafe yang diusahakan ahli keluarga saya yang lain,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia