Harian Metro

RISAU RUGI BILA BANJIR

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Hujan berterusan sejam saja sudah memadai

bagi perparitan bandar dipenuhi air

Hujan lebat dan musim tengkujuh akhir-akhir ini seakan-akan igauan ngeri kepada peniaga dan penduduk di sekitar bandar raya ini yang bimbang kemungkina­n berlakunya banjir kilat di kawasan penempatan mereka.

Hujan berterusan dalam tempoh satu jam saja sudah memadai menyebabka­n saluran perparitan di sekitar bandar raya ini dipenuhi air seterusnya berlaku limpahan ke laluan utama, kedai dan rumah penduduk.

Antara kawasan yang berisiko dilanda banjir kilat di bandar raya ini ialah Jalan Padungan, Kampung Tabuan Melayu dan kawasan perumahan di Tabuan Dayak.

Penduduk, Jonathan James Lai, 32, berkata, sistem perparitan yang tidak lagi mampu menampung kapasiti hujan dipercayai menjadi punca utama limpahan berlaku sehingga menyebabka­n banjir kilat.

Menurutnya, keadaan ini sememangny­a membimbang­kan penduduk khususnya mereka yang tidak berada di rumah ketika kejadian yang menyebabka­n pelbagai peralatan rumah mungkin ditenggela­mi air.

“Penduduk bimbang banjir kilat yang berlaku menyebabka­n kami mengalami kerugian yang tinggi sekiranya barangan keperluan dan kenderaan tidak dapat diselamatk­an.

“Malah, ia juga menyukarka­n penduduk untuk meninggalk­an rumah bagi tempoh yang lama kerana khuatir banjir kilat boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka,” katanya.

Sementara itu, peniaga Ali Bolkiah Hassan, 46, berkata, masalah banjir kilat sering berlaku khususnya ketika musim tengkujuh menyebabka­n peniaga boleh mengalami kerugian.

Katanya, tindakan jangka panjang perlu diambil segera dan kawasan yang berpotensi dilanda banjir kilat perlu dikenal pasti pihak berwajib supaya ia tidak terus berlaku.

“Ada usaha daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membaiki saluran perparitan yang sudah berusia dan ia diharap dapat menyelesai­kan masalah ini untuk jangka panjang.

“Tindakan yang hanya dapat menyelesai­kan masalah jangka pendek tidak efektif dan masalah sama akan berulang pada masa depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HUJAN lebat menyebabka­n kenaikan aras air di kawasan kedai Jalan Padungan.
HUJAN lebat menyebabka­n kenaikan aras air di kawasan kedai Jalan Padungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia