Harian Metro

Projek tebatan siap sepenuhnya 2018

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri melaksanak­an

241 projek tebatan banjir dengan peruntukan kos keseluruha­n RM106.3 juta dijalankan tahun ini bagi mengatasi banjir kilat.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, sebanyak 97 projek bernilai RM45.7 juta diluluskan kerajaan menerusi Inisiatif Transforma­si Luar Bandar dan 63 daripadany­a dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Menurutnya, baki projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya tahun depan dan semuanya kini dilaksanak­an mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, kerajaan negeri melaksanak­an 115 projek tebatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM25 juta yang sedang dilaksanak­an Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Dalam masa sama, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntu­kkan sebanyak RM7.9 juta kepada PBT untuk melaksanak­an projek tebatan banjir.

“Manakala bagi Kementeria­n Sumber

Asli dan Alam Sekitar, peruntukan sebanyak RM27.55 juta sudah diluluskan bagi membolehka­n JPS melaksanak­an projek sama,” katanya.

Katanya, antara projek berimpak tinggi yang dilaksanak­an melalui inisiatif itu ialah projek tebatan banjir bernilai RM6.9 juta di Padang Merdeka, di sini, yang bakal dilaksanak­an Dewan Bandaraya Kuching Utara awal tahun depan.

“Projek berimpak tinggi lain ialah menaik taraf sistem perparitan di Jalan Green di Kuching dengan kos RM3.3 juta yang dijadual siap pada penghujung tahun ini,” katanya.

 ??  ?? DR Penguang
DR Penguang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia