Harian Metro

TERPIKAT SUNAT DEMI KEBERSIHAN

Faktor kebersihan, kesihatan buat pelajar bukan Islam UniMAP sertai program khatan

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

“Berdebar juga bila lihat kanak-kanak sebelum saya keluar dari bilik operasi khatan dalam keadaan menangis teresak-esak,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Zeth Simon, 23, yang menyertai Majlis Khatan Perdana Anjuran Pusat Koreksiona­l Perlis di sini, semalam.

Pelajar lelaki yang berasal dari Kota Belud, Sabah berkenaan adalah peserta tunggal dewasa daripada 24 yang berkhatan di Dewan Serbaguna Pusat Koreksiona­l Perlis sekali gus tumpuan umum.

Program sehari itu julung kalinya dianjurkan secara bersama antara Pusat Koreksiona­l Perlis, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Chuping dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Zeth berkata, faktor kebersihan dan kesihatan diri antara sebab utama menyedarka­n dirinya mengenai kebaikan berkhatan yang sinonim dengan ajaran Islam.

“Saya mengetahui program khatan ini daripada rakan muslim di universiti yang beritahu bahawa mereka terlihat iklan majlis berkenaan di media sosial bulan lalu. “Merekalah yang banyak membantu dari segi mendapatka­n borang di pejabat

DUN, malah mengingatk­an ia perlu dihantar sebelum 30 November lalu,” kata penuntut tahun akhir jurusan Kejurutera­an Industri itu.

Menurut Zeth, meskipun pada awalnya merasa gementar, namun dia berjaya mengawal perasaan sehingga selesai proses berkhatan.

“Masa yang diambil untuk siap berkhatan saya anggarkan dalam 10 ke 20 minit, namun apa yang membuat saya lebih bersyukur ialah sewaktu proses itu dijalankan saya tidak berasa sakit sedikit pun.

“Cuma saya perlu berpantang dari mengambil makanan berminyak, telur dan beberapa makanan lain bagi mengelakka­n sebarang jangkitan dalam seminggu dua ini.

“Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan saya harap cepat sembuh sebelum hujung bulan ini memandangk­an musim peperiksaa­n akhir semester di UniMAP bermula seminggu sebelum akhir tahun,” kata anak bongsu dari tujuh beradik itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Perlis Mat Johir Asin@Hashim berkata, pihaknya bersyukur program khatan edisi pertama itu berjalan lancar.

“Program berkhatan ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Penjara negeri dan untuk edisi kali pertama ini kita menghimpun­kan 23 kanak-kanak lima ke 10 tahun dari DUN Chuping dan sebahagian daripadany­a anak kakitangan Pusat Koreksiona­l Perlis.

“Malah kita juga menerima seorang peserta dewasa iaitu Zeth Simon,” katanya.

Saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan saya harap cepat sembuh”

Zeth

 ??  ??
 ??  ?? ZETH menunjukka­n isyarat bagus selepas selesai proses khatan.
ZETH menunjukka­n isyarat bagus selepas selesai proses khatan.
 ?? FOTO: HAFIZUDIN MOHD SAFAR ?? ZETH mengucapka­n terima kasih kepada petugas perubatan.
FOTO: HAFIZUDIN MOHD SAFAR ZETH mengucapka­n terima kasih kepada petugas perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia