Harian Metro

MUSNAH SEDERET

Enam rumah kayu berusia lebih 100 tahun terbakar

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

“Saya menjenguk keluar kerana tidak memahami jeritan berbahasa Cina itu dan terkejut melihat api sudah marak memusnahka­n rumah berdekatan lalu bergegas menyelamat­kan diri,” kata Rusleni Simen, 36.

Dia antara enam keluarga yang tinggal sehelai sepinggang apabila deretan enam rumah kayu berusia lebih 100 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Kepayang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kebanyakan penghuni berada di rumah namun menyedari kebakaran apabila asap memenuhi sebuah daripada rumah berkenaan.

Bagaimanap­un, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Rusleni berkata, api marak terlalu cepat dan dia tidak dapat menyelamat­kan barang lain kecuali beberapa

“Sewaktu perjalanan pulang, saya dihubungi isteri yang memberitah­u kawasan rumah kami terbakar. Apabila

tiba, luluh hati ini apabila rumah kami turut musnah

Wan Mohd Fikri

dokumen penting.

“Apa yang penting keselamata­n diri dan saya bersyukur kerana tiada sesiapa tercedera dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tinjauan mendapati semua keluarga malang itu ditempatka­n sementara di Dewan

Orang Ramai Taman Berkeley, di sini.

Mangsa, Wan Mohd Fikri Wan Jaffar, 41, berkata ketika kejadian dia menghantar anaknya ke pusat latihan memandu.

“Sewaktu perjalanan pulang, saya dihubungi isteri yang memberitah­u kawasan rumah kami terbakar.

“Apabila tiba, luluh hati ini apabila rumah kami turut musnah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Zaidi Atan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.29 pagi.

“Sepasukan 28 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Kapar berusaha memadam kebakaran,” katanya.

Zaidi berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pihaknya pada jam 8.56 pagi dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

 ??  ?? RUMAH yang hangus terbakar di Jalan Kepayang, Kawasan 18, Klang.
RUMAH yang hangus terbakar di Jalan Kepayang, Kawasan 18, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia