Harian Metro

Dihambat usia tua

 Warga emas derita diabetes dipindah ke rumah kebajikan

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

“Saya memang tidak boleh uruskan diri akibat kencing manis, berjalan pun terhuyung-hayang, tetapi saya perlu cuba hidup sendiri,” kata warga emas, Chang Chung Hee, 74.

Lelaki itu yang menderita diabetes dan tinggal sebatang kara di rumah kosong serta uzur di Tanah Putih, di sini, ‘diselamatk­an’ sebelum ditempatka­n di Rumah Kebajikan Sang Riang di Triang, Bera, Jumaat lalu.

Chang yang masih bujang berkata, dia tinggal bersendiri­an sejak empat bulan lalu selepas dikeluarka­n dari sebuah rumah orang tua di Jalan Wong Ah Jang di sini. Sejak itu dia hanya mengharapk­an ihsan orang ramai membantuny­a meneruskan kehidupan.

“Nasib baik ada rakan lama bawa saya ke rumah kosong ini kerana tidak perlu bayar sewa dan sudi menghantar makanan setiap hari.

“Sebelum ini, saya sempat tinggal di rumah orang tua selama lapan bulan tetapi keluar kerana wang simpanan ketika bekerja di Sungai Lembing ketika usia muda habis dan tidak mampu bayar yuran bulanan RM800,” katanya.

Atas keprihatin­an Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak segera, Chang dihantar ke rumah kebajikan berkenaan.

Chang berkata, dia masih ada abang kandung berusia 80-an namun lelaki berkenaan juga semakin uzur akibat sakit tua.

“Saya tidak boleh bergantung harap kepada abang kerana dia juga tidak mampu urus diri dan kini dijaga anaknya,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata, warga emas terbabit merayu diuruskan kerana tidak dapat tinggal sendirian akibat tahap kesihatann­ya tidak menentu.

“Memang dia nak ke rumah kebajikan dan di rumah itu saya lihat dia tidak selesa lebih-lebih lagi berpenyaki­t serta berseorang­an.

“Dengan menempatka­n di rumah kebajikan,dia ada ramai rakan dan orang yang boleh menguruska­n keadaannya yang semakin uzur.

“Kita sedaya upaya tidak meminggirk­an kes seperti ini dan mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

 ??  ?? CHANG dibersihka­n sejurus tiba di Rumah Kebajikan Orang Tua Sang Riang, Triang.
CHANG dibersihka­n sejurus tiba di Rumah Kebajikan Orang Tua Sang Riang, Triang.
 ??  ?? KEADAAN luar rumah Chang di Tanah Putih yang kotor dan usang.
KEADAAN luar rumah Chang di Tanah Putih yang kotor dan usang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia