Harian Metro

Fadzilah Kamsah seram tengok Syura

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Syura Badron, 32, mengakui mengalami penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, pada mulanya disangkaka­n penyakit penat biasa, tetapi mulai risau apabila ramai orang terdekat menegur ada sesuatu tidak kena pada dirinya.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara bukan-bukan, tetapi ada perkara pelik berlaku.

“Saya perasan dalam beberapa minggu ini suara saya selalu hilang waktu pagi. Kepala pun migrain secara tiba-tiba, selain badan sebelah kebas.

“Sebenarnya saya tidak mahu fikir bukan-bukan, tetapi tiba-tiba naik risau selepas terserempa­k Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu lalu.

“Beliau bertanya keadaan saya sama ada mengalami mimpi buruk, senggugut ataupun sakit lain. Katanya, rasa seram apabila melihat saya,” katanya.

Syura mengatakan penyakit pelik itu mula menimpanya sewaktu merakam lagu di Indonesia sekitar September lalu.

Walaupun dinasihatk­an berjumpa pakar mengenai penyakit itu, kesibukan bertanding di Gegar Vaganza musim keempat (GV4) mengehadka­n masanya.

“Disebabkan penyakit itu, berat badan saya turun 12 kilogram sebaik memasuki GV4. Apabila membuat persembaha­n, saya tidak pernah berpeluh habis seperti selalu penonton boleh lihat di pentas.

“Saya ada bercadang pergi bertemu pakar dan ber- ubat, tetapi belum ada masa sesuai,” katanya.

Syura menjadi peserta disingkirk­an pada minggu Separuh akhir malam tadi selepas mendapat markah terendah.

Dengan persembaha­n bertenaga menerusi lagu Dokter Cinta (Dewi Dewi) dan Cinta Antara Benua (Arni Nazira), Syura gagal meyakinkan juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Tamimi Siregar dan Datuk Wah Idris untuk memberi markah tinggi buatnya.

Enam peserta layak ke ke pentas akhir minggu hadapan ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Firman dan Tia Jinbara. Ia akan diadakan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.

 ??  ?? SYURA
SYURA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia