Harian Metro

Tetak abang dek dendam

-

Kota Bharu: Akibat dendam lama, seorang lelaki sanggup menetak abang kandungnya dengan sebilah parang di sebuah rumah kedai di Pasir Tumboh di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabka­n mangsa berusia 43 tahun cedera pada bahagian lengan kiri, bahu kanan dan belakang badan serta dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, susulan kejadian pihaknya menahan suspek berusia 33 tahun di sekitar Kota Bharu pada 7 malam, hari sama.

“Sebelum kejadian, mangsa yang berniaga berada di kedai makannya seorang diri dan didatangi suspek. Berlaku perselisih­an faham antara mereka dan suspek dikatakan masih tidak berpuas hati.

“Akibatnya, suspek menetak abangnya dengan senjata dipercayai parang.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpuncaap­abila mangsa menegur suspek yang panas baran dan mereka juga dipercayai mempunyai dendam lama yang belum diselesaik­an,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan selepas anggota Unit Ronda Bermotosik­al (URB) menerima maklumat mengatakan suspek ditangkap oleh orang awam.

Katanya, suspek yang juga penagih dadah kemudian diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

“Senjata parang berhulu kayu digunakann­ya turut dirampas.

“Hasil ujian saringan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methapheta­mine dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia