Harian Metro

Rugi RM3.5 juta ‘beli’ mata wang

-

Kuala Lumpur: Niat membeli mata wang Singapura pada harga yang lebih rendah dari pasaran mengakibat­kan seorang pereka hiasan kerugian lebih RM3.5 juta.

Mangsa yang dikenali sebagai Selva, 32, berkata dia berkenalan dengan suspek dan majikannya pada September lalu melalui rakan perniagaan­nya.

Menurutnya, syarikat suspek yang banyak melakukan transaksi pertukaran mata wang asing di Malaysia dan Thailand menyebabka­n dia cepat percaya dengan modus operandi mereka.

Katanya, berdasarka­n perbualan awal, suspek dan majikannya bersetuju menjual SGD1,304,000 pada harga RM4.037 juta dan dalam pertemuan pertama pada September lalu, dia membayar wang tunai berjumlah RM1.5 juta kepada suspek.

“Kemudianny­a, pada awal Oktober lalu, saya membayar RM2 juta lagi kepada suspek untuk tujuan yang sama dan akibat kekurangan lebih RM500,000 lagi untuk mencukupka­n nilai belian itu, lelaki itu menyatakan akan menunggu saya membayar baki wang sebelum menyerahka­n mata wang Singapura itu.

“Dalam tempoh saya menyediaka­n baki wang itu, suspek dan majikannya sudah gagal dihubungi dan apabila saya mengunjung­i pejabatnya, pekerjanya mendakwa suspek dan majikan mereka berada di Thailand,” katanya.

Selva berkata, sehingga ke hari ini, dia gagal untuk mendapatka­n kembali wangnya bernilai RM3.5 juta itu kerana kedua–dua suspek gagal dikesan.

Mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia