Harian Metro

BELAJAR SAINS SANTAI-SANTAI

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Seremban: “Tak sakit pun, rasa macam digigit semut. Saya sendiri yang hendak khatan dan tiada sesiapa yang paksa, malah sokongan rakan mendorong saya berkhatan.

“Lagi pun berkhatan beramai-ramai lebih seronok,” kata Mohamad Nor Ikhmal Abdul Aziz, 6, antara peserta termuda menyertai program berkhatan di Kampung Paroi, dekat sini, kelmarin.

Dia akan melangkah ke tahun satu Sekolah Kebangsaan Paroi tahun depan mengakui lega selepas majlis berkhatan itu.

“Saya dapat berkongsi pengalaman manis ini bersama rakan lain dan ia sesuatu tidak mungkin dilupakan,” katanya.

Rakannya, Muhammad Nor Ridzuan Mohd Shukri, 8, juga tidak takut untuk berkhatan bagi memastikan anggota badannya sentiasa bersih.

“Ia satu pengalaman baru kepada saya dan perasaan bimbang hilang apabila melihat ramai rakan sebaya turut berkhatan,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi ahli bomba.

Program anjuran Persatuan Belia Warisan serta Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi itu berlangsun­g di pekarangan rumah penduduk, Yahaya Mokhtar, 55, dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi Mohd Ghazali Abd Wahid.

Kuala Lumpur

 Petrosains di KLCC jadi tumpuan sempena cuti sekolah

“Ini adalah kali kedua saya berkunjung ke sini dan mendapati tempat ini sememangny­a cukup menarik dan bertepatan dijadikan lokasi riadah bagi seisi keluarga,” kata seorang pengunjung Petrosains The Discovery Centre (Petrosains), Mazlinda Oyop, 40.

Tinjauan Harian Metro sempena cuti persekolah­an di sekitar Petrosains mendapati kebanyakan pengunjung adalah ibu bapa yang datang dari seluruh negara yang membawa anak mereka beriadah dengan cara menyeronok­kan.

Mazlinda yang menetap di Kulai, Johor Bahru, berkata, setiap kali cuti persekolah­an, dia pasti akan memanfaatk­an masa terluang membawa ahli keluarga melakukan aktiviti berfaedah di Petrosains sambil membeli-belah.

“Saya dan suami sanggup membuat tempahan tidur di hotel selama tiga hari dua malam demi membawa anak

Penyelaras program, Mohd Faizal Atan berkata, program julung kali bermula jam 9 pagi membabitka­n kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Peserta turut diraikan dengan paluan kompang dan bersiar-siar di ibu kota.

“Dengan membawa mereka ke tempat sebegini, ia dapat memberi ilmu pengetahua­n kepada anak seperti kehidupan alam semula jadi yang berkaitan dengan sains,” katanya ketika ditemui di Petrosains, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, semalam.

Anaknya, Mohd Faiz Hakimi, 14, berkata, dia berasa teruja dan seronok dapat berkunjung ke Petrosains kerana banyak benda berkaitan graviti dan sains dapat dipelajari secara terus.

“Di Petrosains, saya dapat mempelajar­i banyak ilmu berkaitan sains yang belum pernah saya ketahui sebelum ini.

“Dengan adanya pelbagai pameran interaktif di sini, ia membolehka­n saya melihat dan memahami sains secara lebih mendalam selain sesi pembelajar­an di dalam kelas,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengunjung Petrosains, Tan Saw Chin, 39, berkata, dia sekeluarga datang ke Petrosains kerana teruja dengan pelbagai pameran baru yang terdapat di situ.

“Walaupun ini kali pertama pencak silat sebelum disembur dengan air oleh ahli jawatankua­sa penganjur.

Program berkhatan percuma itu bagi membantu kanak-kanak dan waris kurang berkemampu­an melaksanak­an tuntutan agama. saya berkunjung ke Petrosains, ia sememangny­a menarik, malah anak-anak juga dilihat semakin berminat dengan ilmu berkaitan sains.

“Bukan itu saja, saya juga melihat KLCC sebagai satu

 ??  ?? KANAK-KANAK menghabisk­an cuti sekolah bersama ibubapa di Petrosains, KLCC.
KANAK-KANAK menghabisk­an cuti sekolah bersama ibubapa di Petrosains, KLCC.
 ??  ?? ACARA pencak silat membangkit­kan semangat kanak-kanak berkhatan di Kampung Paroi, semalam.
ACARA pencak silat membangkit­kan semangat kanak-kanak berkhatan di Kampung Paroi, semalam.
 ?? Mohamad Nor Ikhmal ?? Saya dapat berkongsi pengalaman manis ini bersama rakan lain dan ia sesuatu tidak mungkin dilupakan”
PESERTA disembur air sebelum majlis berkhatan dimulakan.
Mohamad Nor Ikhmal Saya dapat berkongsi pengalaman manis ini bersama rakan lain dan ia sesuatu tidak mungkin dilupakan” PESERTA disembur air sebelum majlis berkhatan dimulakan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia