Harian Metro

Guna akta SOSMA, AMLA

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Pihak berkuasa diminta guna undang-undang sepenuhnya sekat kegiatan penyeludup­an migran

Penggunaan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) diyakini dapat menyekat sepenuhnya kegiatan penyeludup­an migran di laluan masuk seluruh negara.

Penggunaan undang-undang berkenaan disarankan Penganalis­is Jenayah Kamal Effendi Hashim yang berkata, penguatkua­saan SOSMA dan AMLA dapat memastikan tiada saki baki sindiket yang ditumpaska­n kembali aktif.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan Skuad Khas Harian Metro dan Bahagian Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman menumpaska­n sindiket penyeludup­an warga Bangladesh yang menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai pintu masuk selepas tujuh bulan intipan dilakukan.

Menurutnya, kemasukan migran ke negara ini menggunaka­n pas lawatan sosial oleh sindiket menyebabka­n warga Bangladesh itu terperangk­ap dengan kumpulan terbabit sebelum dijadikan hamba moden.

“Mereka terikat dengan

ataupun hutang kepada sindiket terbabit dan akan dipaksa membayar hutang berkenaan selain berdepan penderaan serta ugutan selagi gagal melunaskan hutang berkenaan,” katanya.

Kamal berkata, selain dijadikan hamba moden, kebanjiran warga Bangladesh yang menyusup masuk secara haram ke negara ini turut membahayak­an penduduk tempatan.

sebagai

“Kemasukan secara haram... sudah pasti kesihatan mereka tidak disaring dengan baik. Bayangkan jika mereka berkerja di premis yang membuat atau memproses makanan. Dari situ boleh sebarkan pelbagai penyakit berbahaya yang mengundang kematian,” katanya.

Katanya, usaha bagi menyekat sebarang kemasukan secara haram di semua sempadan negara sama ada dari laut, udara mahupun darat perlu dipertingk­atkan lagi.

“Kawalan ketat di semua sempadan perlu dilakukan. Diakui agak sukar pihak berkuasa untuk mengawal semua kawasan berkenaan termasukla­h menapis semua pelancong, tetapi pembolosan di kawasan itu perlu dielakkan,” katanya.

Rabu lalu, Op Pintas KLIA diketuai Ketua Penolong Pengarah D7C Asisten Komisioner Maszely Minhad melakukan serbuan di lima lokasi berasingan sekitar Kelana Jaya, Plaza Serdang Raya dan Bandar Baru Ampang. Seremban: Seorang kakitangan bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat pertuduhan pecah amanah RM194,000, bulan lalu.

Nurul Wahidah Kamarozama­n, 27, yang memegang jawatan sebagai juruwang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim G Ramesh.

Mengikut pertuduhan, Nurul Wahidah didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahka­n wang milik bank ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahua­n dan persetujua­n bank.

Pemindahan wang dilakukan secara berperingk­at sebanyak empat kali membabitka­n keseluruha­nnya RM194,000.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 10.12 pagi hingga 3.16 petang pada 30 November lalu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruha­nRM32,000 dan menetapkan 11 Januari 2018 untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? PENDEDAHAN Harian Metro 8 Disember lalu.
PENDEDAHAN Harian Metro 8 Disember lalu.
 ??  ?? KAMAL Affandi
KAMAL Affandi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia