Harian Metro

4 maut tiga nahas

- Omar Osman am@hmetro.com.my

 Kemalangan berasingan di Sungai Petani, Gurun babit mangsa bermotosik­al

Empat lelaki berusia 18 hingga 21 tahun termasuk seorang warga Vietnam terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam tiga kemalangan berasingan di Sungai Petani dan Gurun.

Kejadian pertama berlaku di Jalan Lencongan Timur, jam 9.45 malam kelmarin membabitka­n pekerja kilang, Mohammad Ridzuan Zambri, 18, dan warga Vietnam yang belum dikenal pasti selepas motosikal ditunggang­i mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dalam kejadian jam 4.10 pagi semalam, Muhammad Zamir Eizlan Mohd Joned, 19, anak seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabit kemalangan di Jalan Lencongan Timur berhampira­n Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, jam 8.05 pagi semalam, berlaku satu lagi kemalangan maut di Jalan Bukit Kuang, Gurun membabitka­n pekerja kilang, Mohd Sahrolniza­m Romle, 21, selepas motosikaln­ya terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Beliau berkata, siasatan mendapati dalam kemalangan pertama, Mitsubishi ASX dan dua motosikal datang dari arah Bukit Bayan menuju Bandar Sri Astana.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, SUV itu dipercayai melanggar belakang motosikal ditunggang­i warga Vietnam hingga tercampak ke longkang di kiri jalan,” katanya dihubungi.

Menurutnya, SUV itu yang hilang kawalan melanggar motosikal Yamaha LC135 ditunggang­i Mohammad Ridzuan menyebabka­n mangsa tercampak atas jalan.

“Akibat perlanggar­an itu, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu SUV berusia 34 tahun itu selamat.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, dalam kemalangan kedua di Jalan Lencongan Timur berhampira­n HSAH, Muhammad Zamir bersama Najmi Nazri,18, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Ria Jaya.

“Mereka dari arah lampu isyarat Lencongan Timur menghala ke lampu isyarat Ambangan Height.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal Muhammad Zamir terlanggar motosikal Najmi menyebabka­n kedua-dua mereka terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala rakannya cedera di belakang badan dan dirawat HSAH,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan ketiga di Jalan Bukit Kuang dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang­i mangsa hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tiang elektrik di kiri jalan.

“Mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Gurun Jaya untuk ke tempat kerja di Kawasan Perindustr­ian Gurun,” katanya. Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan meningkatk­an operasi penguatkua­saan sempena musim perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018 dengan melakukan pemantauan bersepadu 24 jam bermula 22 Disember hingga 2 Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, operasi itu membabitka­n kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pihak penguat kuasa lebuh raya.

“Penguatkua­saan itu bagi menangani isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang atau peraturan termasuk audit rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran bagi pengendali yang berisiko tinggi, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat operasi lebuh raya.

“Langkah ini penting dalam memastikan orang ramai dapat menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa,” katanya pada sidang media sempena walkabout pemantauan operasi perkhidmat­an awam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), semalam.

Menurut Nancy, sepanjang 10 hari operasi penguatkua­saan sempena Deepavali pada 12 hingga 22 Oktober lalu, sebanyak 313 kesalahan dikenal pasti dan tindakan lanjut ke atas pengendali serta pengusaha yang terbabit sudah diambil.

Justeru kata beliau, untuk operasi kali ini, pegawai penguatkua­saan SPAD juga akan meronda lokasi di pusat bandar, berhampira­n pusat beli-belah serta kawasan terminal bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket.

Selain itu SPAD juga akan melakukan pemeriksaa­n di kaunter tiket dan menyemak dokumen berkaitan di terminal bas.

“SPAD akan bertemu pengendali bas ekspres bagi memberikan peringatan kepada mereka untuk sentiasa mengutamak­an keselamata­n penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamata­n pada setiap masa.

“Pihak SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengendali yang didapati cuai di dalam pengurusan operasi termasuk dalam aspek keselamata­n, pemandu dan penyelengg­araan kenderaan,” katanya.

 ??  ?? WARGA Vietnam melihat mayat rakan mereka yang maut dirempuh SUV, s emalam.
WARGA Vietnam melihat mayat rakan mereka yang maut dirempuh SUV, s emalam.
 ??  ?? NANCY beramah mesra dengan penumpang bas dan menyerahka­n cenderahat­i ketika melawat pejabat SPAD dan meninjau operasi TBS, semalam.
NANCY beramah mesra dengan penumpang bas dan menyerahka­n cenderahat­i ketika melawat pejabat SPAD dan meninjau operasi TBS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia