Harian Metro

PERNAH DIBALING KERUSI

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pernah dimarah, malah dibaling kerusi oleh seorang pengarah, ia bukan alasan untuk Azfar berkecil hati, angkat kaki atau terus melupakan minatnya dalam bidang lakonan.

Kata anak jati Pasir

Mas, Kelantan ini, insiden itu berlaku ketika dia menjalani penggambar­an satu telefilem arahan pengarah terkenal negara tidak lama dulu.

“Agaknya pengarah itu naik angin apabila saya dikatakan tidak memberikan sepenuh tumpuan dan penghayata­n ketika beraksi di set penggambar­an dramanya. Memang saya terkedu apabila pengarah itu tiba-tiba meradang dan membaling kerusi.

“Tetapi bukan untuk mencederak­an saya, cuma menggertak agar lebih fokus dan berlakon bersungguh-sungguh. Tidak pernah saya berkecil hati, malah menganggap itu cabaran awal untuk menjadi pelakon yang baik,” katanya.

Azfar atau nama sebenarnya, Muhamad Azfar Hassan, 28, berkata, sebelum dia jadi pelakon pada 2014, dia pernah berkerja di restoran makanan segera dan kilang elektronik untuk mencari rezeki serta pengalaman hidup.

“Selepas habis peperiksaa­n SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya mula berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman. Selepas bekerja di restoran makanan segera dan kilang elektronik, baru saya mendapat peluang berlakon melalui sebuah kumpulan pencarian bakat baru.

“Memang saya sudah lama minat berlakon cuma tidak tahu nak pergi ke mana, jadi peluang yang diberikan itu cukup bermakna. Saya banyak diberikan watak antagonis, lasak dan lelaki nakal,” katanya.

Antara drama lakonannya, Uda & Dara, Celaru, Spylah Sangat, Mr Donut Karamel dan Batu Nisan Ibu. Dia juga pernah pergi sesi uji bakat program Raja Lawak 4, Bintang Mencari Bintang, School of Lawak dan 3 Juara.

“Bagi saya, itu semua sekadar mencari pengalaman agar tidak gentar di pentas,” katanya yang masih bujang.

Azfar mengagumi lakonan Shaheizy Sam dan Along Eyzendy kerana mereka versatil dan mampu menghayati watak dengan baik.

“Saya sedar banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menjadi pelakon yang baik seperti mereka. Saya juga suka meluangkan masa menonton filem tempatan dan luar negara untuk meneliti pelbagai aspek demi meningkatk­an kualiti lakonan saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZFAR mahu terus belajar.
AZFAR mahu terus belajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia