Harian Metro

BAWA SEMANGAT HARMONI

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Ketika penulis membuka pautan arkib berita yang pernah dilaporkan Harian Metro sebelum ini, dengan kata kunci Anapurna Base Camp atau dikenali sebagai ABC banyak kisah yang disiarkan, baik dalam bentuk penulisan rencana mahupun berita.

Pendakian ke ABC yang terletak di Nepal bukan lagi cerita baru dalam kalangan pendaki tempatan. Ia ketika ini seolaholah menjadi fenomena dalam kalangan kumpulan itu untuk merasai sendiri pengalaman pendakian ke kem induk melebihi 4,000 meter dari aras laut itu.

Malah, menerusi pengalaman penulis pendakian ke ABC bukan sesuatu yang begitu sukar bagi mereka yang sudah biasa bermain dengan gunung beraltitud tinggi, biasanya terletak di banjaran terkenal dunia seperti Himalaya.

Bezanya, mungkin pengalaman peribadi sama ada untuk membiasaka­n diri dengan kawasan beraltitud tinggi atau berdepan keadaan cuaca sejuk sehingga jatuh ke paras bawah kosong darjah Celsius sudah pasti menjadi cabaran dalam pendakian berkenaan.

Tambahan, perkara paling dirisaukan untuk mendaki ke gunung beraltitud tinggi seperti ABC adalah serangan penyakit akut gunung atau dikenali sebagai AMS. Simptom seranganny­a cukup mudah untuk dikenali iaitu pening yang berlarutan, hilang selera makan dan sentiasa merasa mual.

AMS yang juga dipanggil mabuk gunung bukan sesuatu perkara yang remeh bagi pendaki kerana jika seseorang itu dikenal pasti diserang AMS, ia boleh membawa kepada kematian.

Ini kerana kekurangan oksigen menyebabka­n organ dalaman terutama otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ada yang mengatakan biasanya mereka diserang simptom AMS ketika berada pada ketinggian lebih 2,500 meter dan ada juga mengatakan ia boleh berlaku pada ketinggian 3,500 meter. Hakikatnya, apabila mendaki di kawasan pergununga­n di Himalaya misalnya, serangan AMS itu boleh berlaku dengan mudah.

Namun, pendaki tegar tempatan yang ingin merasai sendiri pengalaman dan cabaran mendaki barisan gunung atau kem induk di Banjaran Himalaya seperti ABC, AMS dan keadaan cuaca sejuk mungkin menjadi kenangan terindah dalam perjalanan hidup mereka sebagai pendaki.

Berbalik mengenai ABC yang berketingg­ian 4,130 meter itu, pendakian ke sana (naik dan turun) mengambil masa tujuh hingga lapan hari bergantung kepada pasukan pendaki sama ada mereka ingin berada di salah satu kem itu lebih lama atau hanya satu malam berehat di mana-mana kem yang terdapat di sepanjang pendakian ke ABC.

Antara laluan kem ke ABC iaitu memulakan pendakian di Gandruk seterusnya Lowe Shinwa, Doban, Deurali, Machhapuch­ere Base Camp (MBC) dan akhirnya ABC. Manakala laluan turunnya mengambil masa tiga hari iaitu melalui Doban, Jhinudanda dan berakhir di Pokhara.

Bagi pendakian ke ABC, antara lokasi popular yang menjadi keluhan dan cabaran pendaki ke sana ialah perlu mendaki sekitar 2,500 anak tangga dari Chhomrong ke Shinwa. Ia juga juga menjadi lebih mencabar sekiranya ditemani cuaca dingin sepanjang pendakian berkenaan.

Sementara itu, pada 1 Disember lalu, sekali lagi kumpulan pendaki dari Malaysia NEX Adventure bersama Outbound Adventure Crew (OAC), Southern Eagle Adventure (SEA) dan agensi pendakian di Nepal, Third Eye Adventure menganjurk­an aktiviti pendakian ke ABC, Columbia Expedition 100 yang disertai 117 peserta termasuk tiga pendaki dari negara asing.

Menariknya mengenai pendakian ini disertai pelbagai kaum di Malaysia yang terdiri daripada mereka berusia 13 hingga 65 tahun untuk merasai pengalaman pendakian ke

ABC. Malah, aktiviti pendakian itu turut mendapat sokongan Presiden Persatuan Kembara Negara (PKN), Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus yang membuat sesi pelepasan peserta di Pokhara.

Ekspedisi berkenaan yang mengambil masa perjalanan selama tujuh hari bermula 28 November sehingga 4 Disember lalu itu melalui laluan bermula Pohkara seterusnya Siwai, Jhinu, Bamboo, Duerali, ABC, Bamboo, Jhinu, Jhinu, Siwa dan Pokhara.

Ketua ekspedisi berkenaan, Mohd Shariman Mohd Said berkata, pihaknya difahamkan ekspedisi berkenaan adalah paling ramai disertai rakyat Malaysia ke ABC yang mana ia juga menjadi rekod Malaysia.

Beliau berkata, misi dalam pendakian itu untuk membawa semangat keharmonia­n rakyat Malaysia melakukan aktiviti pendakian di kawasan pergununga­n beraltitud tinggi iaitu di ABC.

“Dari segi cabaran tidak dapat dinafikan ini adalah pendakian pertama ABC dan gunung beraltitud tinggi bagi kebanyakan peserta, ada antara mereka yang merasai sendiri simptom AMS.

“Namun, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pendakian sehingga ke kem induk gunung berkenaan dan bersandark­an latar belakang yang berbeza setiap peserta terutama dari segi kerjaya, ada yang terbabit dalam bidang perubatan memberi bantuan kepada rakan yang mengalami simptom AMS,” katanya.

Selain itu, pendakian ke ABC yang sukar untuk dijangka, perubahan iklimnya juga menjadi cabaran kepada kumpulan pendaki terutama apabila tiba di kem MBC yang kadang-kalanya bersalji.

Shariman berkata, bagaimanap­un, dalam ekspedisi kali ini, keadaan sekeliling yang sejuk antara kosong sehingga

-12 darjah Celsius menjadi cabaran kepada peserta untuk membiasaka­n diri dengan keadaan berkenaan.

“Dalam keadaan suhu di bawah paras beku itu, kawasan sekeliling tidak bersalji dan ia membantu memudahkan semua peserta untuk meneruskan pendakian sehingga ke ABC,” katanya.

 ??  ?? SERAMAI 117 pendaki ekspedisi Columbia Expedition 100 berjaya ke ABC.
SERAMAI 117 pendaki ekspedisi Columbia Expedition 100 berjaya ke ABC.
 ??  ?? Saya tidak menyangka dapat menjejakka­n kaki ke ABC dan ia
pengalaman berharga
Saya tidak menyangka dapat menjejakka­n kaki ke ABC dan ia pengalaman berharga
 ??  ?? Kami gembira di sini kerana
semua rakan sangat menyokong dalam aktiviti
pendakian ini
Kami gembira di sini kerana semua rakan sangat menyokong dalam aktiviti pendakian ini
 ??  ?? MOHD Khalid (dua dari kiri) membuat pelepasan di Pokhara.
MOHD Khalid (dua dari kiri) membuat pelepasan di Pokhara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia