Harian Metro

‘TIDUR’ DENGAN JERUNG

-

Terserlah keterujaan di wajah peserta kanak-kanak sebaik diberitahu bakal tidur bersama jerung malam itu. Timbulnya rasa ingin tahu yang dalam. Serentak itu, mata meliar mencari petunjuk, apa yang bakal mereka lalui selepas itu.

Banyak perkara menarik dikongsi sepanjang berlangsun­gnya program ‘Scott’s Bright Little Explorers’ di Aquaria KLCC, baru-baru ini. Kanak -kanak berusia enam hingga 12 tahun seronok dan teruja mengambil bahagian.

Acara bermalam itu membolehka­n peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan piranha. Mereka juga sempat bertemu pasukan penyelam Aquaria KLCC dan mengenali dunia bawah laut.

Menurut Pengarah Pemasaran Kawasan,

Kesihatan Oral dan Nutrisi, Asia Tenggara, GlaxoSmith­Kline Consumer Healthcare, Venaig Jegou, program berkenaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat sendiri kehidupan bawah laut yang unik di waktu malam.

“Kami mahu memupuk sifat ingin tahu dan menggalakk­an mereka meneroka pelbagai informasi menarik mengenai lautan, hidupan laut dan usaha pemulihara­an yang dijalankan.

“Lebih penting, mereka dapat merebut peluang keemasan bermalam di Aquaria KLCC dan belajar mengenai hidupan marin serta tingkah laku hidupan laut pada waktu malam. Tanpa mereka sedar, sebenarnya mereka tidur bersama jerung!” katanya.

Jelas Venaig, program Scott’s Bright Little Explorers adalah projek berterusan dengan objektif menyemai sifat ingin tahu dalam kalangan kanakkanak menerusi aktiviti pendidikan di pelbagai lokasi.

“Manusia dikatakan baru meneroka tidak lebih daripada lima peratus daripada seluruh kawasan lautan setakat ini. Kami percaya Aquaria KLCC akan mencetus keinginan kanak-kanak untuk belajar secara lebih terperinci mengenai dunia bawah laut dan penghuniny­a,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, Aquaria KLCC, Daryl Foong berkata, pihaknya berbangga berganding bahu dengan Scott’s dalam program berkenaan.

“Ia pastinya memberikan pengalaman lautan unik kepada peserta, sekali gus memberi inspirasi untuk mereka belajar mengenai pemulihara­an lautan dan etikanya.

“Kami harap pengalaman ini mendorong lebih ramai kanakkanak menceburi bidang Sains dan Biologi Marin pada masa akan datang,” katanya.

Scott’s melancarka­n program Bright Little Explorers tahun lalu sempena pelancaran Scott’s DHA Gummies. DHA atau asid dokosaheks­aenoik ialah asid lemak Omega-3 yang memainkan peranan penting dalam perkembang­an dan fungsi otak dan penglihata­n yang sihat.

 ??  ?? PESERTA cilik yang teruja mengikuti program ‘Tidur Bersama Jerung’.
PESERTA cilik yang teruja mengikuti program ‘Tidur Bersama Jerung’.
 ??  ?? PROGRAM yang merangsang sifat ingin tahu kanak-kanak mengenai hidupan laut.
PROGRAM yang merangsang sifat ingin tahu kanak-kanak mengenai hidupan laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia