Harian Metro

PANDAI-PANDAI AJE!

Wlaschiha sering dihujani pelbagai teori peminat mengenai wataknya dalam Game of Thrones

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Sejak membintang­i siri terkenal Game of Thrones (GOT), Tom Wlaschiha sering dihujani pelbagai teori mengenai wataknya sebagai pembunuh puak Faceless Men, Jaqen H’ghar.

Pelakon tampan Jerman ini memberitah­u antara teori paling menarik yang dikongsi kepadanya ialah Jaqen dan Syrio Forel adalah individu sama.

“Saya sudah menghadiri beberapa konvensyen Comic-Con dan terkejut apabila peminat mempunyai banyak maklumat terperinci mengenai GOT.

“Mereka juga ada pelbagai teori mengenai apa yang boleh berlaku dan dijangka berlaku dalam siri terbabit.

“Lebih menarik, peminat turut berkongsi teori mereka mengenai identiti sebenar Jaqen,” katanya kepada RAP ketika ditemui di Singapura, baru-baru ini.

Wlaschiha, 44, berada di negara itu sempena sambutan ulang tahun HBO Asia ke-25 yang turut dihadiri barisan pengarah dan pelakon dari Asia.

Menurut pelakon berkenaan, dia hampir terpedaya dengan teori peminat mengenai Jaqen dan Syrio.

“Ketika menghadiri Comic-Con di Jerman tahun ini, baru saya menyedari teori itu salah selepas bertemu Syrio pada acara berkenaan,” katanya.

Selain itu, Wlaschiha mengakui sering didatangi peminat yang bercakap dengannya sebagai ‘pihak ketiga’ seperti dilakukan Jaqen.

“Ada juga peminat menyapa saya dengan ayat ‘Valar Morghulis’,” katanya.

Valar Morghulis bermaksud semua manusia perlu mati dan adalah cara anggota Faceless Men bertegur di Braavos.

Bagi pembaca yang belum menonton GOT, pembunuh Faceless Men mempunyai kebolehan untuk mengubah wajah menjadi individu lain.

Bercerita lanjut mengenai wataknya, Wlaschiha mengakui bukan mudah mengungkap dialog Jaqen berikutan lelaki itu bertutur dengan cara pelik.

“Cara Jaqen bercakap memang pelik dan pada awalnya, saya agak sukar melakonkan watak ini.

“Saya berusaha menyampaik­an dialog dengan cara paling mudah agar karakter ini nampak logik,” katanya.

Dalam pada itu, Wlaschiha bersyukur Jaqen tidak perlu membunuh watak lain GOT mahupun terbabit dalam pertarunga­n besar.

“Sebagai pelakon, sudah tentu saya ingin menjayakan babak aksi kerana seronok. Namun, aksi memerlukan latihan, jadi saya gembira tidak perlu melaluinya untuk GOT,” katanya.

Jaqen tidak muncul dalam musim ketujuh GOT yang tamat siarannya pada Ogos lalu.

Bagaimanap­un, Wlaschiha enggan berkongsi sebarang maklumat mengenai wataknya dalam musim terakhir GOT yang dijangka menemui penonton pada penghujung tahun depan atau awal 2019.

 ??  ?? ANTARA babak Game of Thrones.
ANTARA babak Game of Thrones.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia