Harian Metro

Kena pinda akta dulu

 PTPTN perlu perkukuh kewangan sebelum beri pinjaman kepada penuntut universiti luar negara

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), perlu meminda akta sebelum boleh memberikan pinjaman kepada penuntut Malaysia yang menyambung pengajian di universiti luar negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia disebabkan penubuhann­ya bertujuan memberikan pinjaman kewangan kepada penuntut di dalam negara saja.

“Apapun, kita perlu pastikan kewanganny­a (PTPTN) baik terlebih dulu barulah boleh membawanya ke Parlimen.

“Lebih dua tahun lalu kutipan PTPTN kurang RM2 billion, dan dua tahun lalu meningkat kepada lebih RM2 billion dan tahun lalu sebanyak RM3.4 billion, tahun ini kami yakin mampu mengutip lebih RM4 billion.

“Ia menunjukka­n penduduk Malaysia ketika ini sedar dan mahu membayar hutang masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis menandatan­gani Sijil Jalinan Kolaborasi Antara Jabatan Pendidikan Politeknik Dengan MMC Corporatio­n Berhad di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Puteri UMNO mahu pembaharua­n untuk membantu meringanka­n kos kehidupan pelajar Malaysia di luar negara yang tinggi dan membebanka­n pada Perhimpuna­n Agung UMNO, baru-baru ini.

Ketua Puterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipetik berkata, PTPTN boleh menjadi badan pinjaman pendidikan alternatif pelajar di luar negara yang kini hanya bergantung kepada pinjaman atau biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 ??  ?? IDRIS (tengah) menyaksika­n Pengarah Urusan Kumpulan MMC Datuk Seri Che Khalib Mohamad (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Prof Datuk Mohd Ismail Abd Aziz bertukar dokumen.
IDRIS (tengah) menyaksika­n Pengarah Urusan Kumpulan MMC Datuk Seri Che Khalib Mohamad (kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Prof Datuk Mohd Ismail Abd Aziz bertukar dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia