Harian Metro

Abdul Jalil antara 9 penerima darjah kebesaran

-

Klang: Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid, antara sembilan penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam.

Abdul Jalil menerima pingat Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (DSIS) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Terdahulu, Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah mendahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor.

Sultan Sallehuddi­n yang dimashyurk­an sebagai Sultan Kedah yang baru September lalu dikurniaka­n Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK).

Sultan Sharafuddi­n turut berkenan menganuger­ahkan Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiplie Kassim dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Mustafar Ali pula penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Sementara itu, Alwi berkata, penganuger­ahan itu akan dijadikan motivasi kepada dirinya dan warga kerja KDN secara keseluruha­nnya.

“Terima kasih Tuanku, ia satu pengiktira­fan kepada KDN. Saya akan meningkatk­an prestasi dan seluruh KDN untuk bekerja keras dan gigih memastikan keselamata­n serta ketenteram­an awam sentiasa terpelihar­a.

“Perkara berkaitan keselamata­n dan ketenteram­an awam, masalah semasa akan terus diberi perhatian KDN dan jabatan di bawahnya,” katanya di Istana Alam Shah, di sini, semalam.

Bagi Mustafar pula, pengiktira­fan itu dijadikan semangat memastikan JIM terus melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n sebaik mungkin di peringkat negeri atau Persekutua­n.

“Menjunjung kasih Sultan Selangor atas penganuger­ahan ini, tentunya ia satu pengiktira­fan kepada JIM terhadap perjuangan dilakukan jabatan dan motivasi kepada kami.

“Ini kali kedua Sultan Selangor memberi pengiktira­fan selepas dianugerah­kan tokoh Khalid Al-Walid sempena Maulidur Rasul baru-baru ini.

“Secara peribadi, saya bersyukur atas kurniaan itu dan akan terus melipatgan­dakan usaha dalam perjuangan JIM, pengiktira­fan ini bukan untuk saya seorang, tetapi kepada jabatan,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n berkenan mengurniak­an darjah kebesaran kepada Abdul Jalil di Balairung Seri Istana Alam Shah Klang.
SULTAN Sharafuddi­n berkenan mengurniak­an darjah kebesaran kepada Abdul Jalil di Balairung Seri Istana Alam Shah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia