Harian Metro

Platform sah, selamat

- Hafiz Ithnin bisnes@mediaprima.com.my

 PMB Investment perkenal dana pelaburan komuniti KKLW

PMB Investment Bhd (PMB Investment) yang memperkena­lkan dana pelaburan, PMB Dana Mutiara khusus untuk sejuta komuniti Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berhasrat mendidik golongan luar bandar untuk menyertai platform pelaburan yang betul dan sah.

Ini berikutan golongan luar bandar khasnya sering menjadi sasaran syarikat pelaburan haram untuk mengaut keuntungan dengan memberi jaminan pulangan yang tidak relevan kepada pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Najmi Mohamad berkata, PMB Dana Mutiara yang diperkenal­kan pada Julai lalu menunjukka­n hasil yang positif apabila pelabur runcit iaitu pelabur individu dari luar bandar sudah melanggan sehingga RM7 juta.

Beliau berkata, dana pelaburan itu yang bersandark­an kepada hasil perniagaan ekuiti patuh syariah turut memberi tempoh masa dan pulangan yang relevan serta dikawal selia oleh pihak berkuasa pelaburan di Malaysia.

“PMB Dana Mutiara adalah pertama diperkenal­kan khusus untuk pelabur luar bandar kerana kita mahu golongan ini menyertai platform pelaburan yang betul dan selamat memandangk­an PMB Investment adalah anak syarikat kepada Kumpulan Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) yang bernaung di bawah KKLW.

“Golongan luar bandar boleh mengambil kesempatan untuk melabur di dalam PMB Dana Mutiara kerana kami juga mempunyai rekod pengurusan yang baik serta mendapat pelbagai pengiktira­fan dalam produk pelaburan sebelum ini,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Terdahulu, PMB Dana Mutiara dijangka dapat meraih RM100 juta nilai langganan sehingga Disember ini dan PMB Investment menyasarka­n untuk menarik 50 peratus langganan daripada entiti korporat.

Pelaburan itu juga menawarkan modal awal mampu milik iaitu RM100 dan pelaburan tambahan minimum RM50 manakala, dari segi pulangan dijangkaka­n sekitar 15 peratus setahun.

Ketika ini, syarikat pelaburan itu dalam proses perbincang­an dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membolehka­n pencarum daripada golongan luar bandar mengeluark­an wang akaun satu mereka untuk menyertai PMB Dana Mutiara.

Najmi berkata, perkara itu memerlukan masa untuk pihak KWSP melihat prestasi pelbagai aspek PMB Dana Mutiara dan sekiranya diluluskan ia boleh membantu pelabur yang mencarum di dalam KWSP meningkatk­an tabungan mereka sehingga tempoh persaraan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia