Harian Metro

TEMPAH MAUT, DAPAT MAUT

- Agensi

 Lelaki terbunuh selepas buat aksi bahaya di bumbung bangunan tinggi

Seorang lelaki yang popular di media sosial kerana sering memuat naik video dan gambarnya melakukan aksi bahaya di puncak bangunan tinggi dilaporkan maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan.

Yong Ning, 26, dilaporkan maut pada 8 November lalu dan kematianny­a disahkan teman wanitanya kelmarin.

Satu rakaman video yang memaparkan detik-detik akhir Yong Ning terjatuh dari atas bumbung bangunan ketika cuba melakukan aksi bahaya turut tersebar.

Rakaman itu dipercayai dibuat di sebuah bangunan 68 tingkat di Changsha di wilayah Hunan.

Dalam video itu, Yong Ning dilihat bergayut di bucu bumbung dan beberapa saat kemudian dia bergelut untuk naik semula ke atas sebelum terjatuh.

“Hari ini 8 Disember. Tarikh ini mengingatk­an saya kepada 8 November, iaitu hari di mana kamu meninggalk­an kami, meninggalk­an dunia ini,” luah teman wanita Yong dalam akaun Weibo miliknya.

Yong Ning atau nama sebenarnya Wu Yongning popular kerana sering memanjat dan melakukan aksi bahaya di bumbung bangunan tinggi.

Dia sering memanjat bangunan tinggi di China secara haram dan merakam video atau swafoto dari tingkat paling atas.

Yong Ning yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘pemanjat bumbung pertama di China’ mempunyai 235,000 pengikut di akaun media sosial.

Populariti itu menyebabka­n Yong Ning bertekad membuat aksi lebih bahaya bagi memenuhi permintaan peminatnya.

Menurut media tempatan, Yong Ning juga membuat video bahaya itu untuk mendapatka­n wang bagi menanggung rawatan ibunya yang sakit.

 ??  ??
 ??  ?? SEDUTAN video memaparkan
detik-detik Yong Ning maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan 68 tingkat. - Agensi
SEDUTAN video memaparkan detik-detik Yong Ning maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan 68 tingkat. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia