Harian Metro

Suntik 8 juta kanak-kanak

-

JAKARTA: Lebih lapan juta kanak-kanak di negara ini bakal menerima suntikan vaksin difteria dalam usaha kerajaan membendung wabak itu yang sudah mengorbank­an puluhan nyawa.

Antara gejala difteria yang berpunca daripada jangkitan bakteria itu ialah sesak nafas, kegagalan jantung, kelumpuhan dan kematian jika tidak dirawat segera.

Penularan penyakit berjangkit itu dianggap jarang berlaku di Indonesia, walaupun ia mencatatka­n kadar kes kedua tertinggi di dunia dari 2011 hingga 2015 selepas India, berdasarka­n data dikumpul Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sepanjang tahun ini, hampir 600 kes dilaporkan di 20 wilayah di seluruh Indonesia dan daripada jumlah itu, 32 kes membabitka­n kematian.

“Program vaksinasi bermula hari ini (semalam) di tiga wilayah yang mempunyai jumlah penduduk paling tinggi, termasuk Jakarta dan ia diteruskan hingga bulan depan.

“Peningkata­n kes difteria dipercayai berpunca daripada kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat, selain kempen antivaksin yang semakin menular di negara ini,” kata pegawai kanan Kementeria­n Kesihatan, Jane Soepardi.

Denpasar: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang ditahan atas tuduhan memiliki dadah melarikan diri dari penjara terkenal di Bali awal pagi semalam, kata seorang pegawai.

Lelaki itu melarikan diri bersama rakan senegarany­a yang berjaya ditangkap semula tidak lama selepas kejadian.

Pihak berkuasa memberitah­u, kedua-dua tahanan itu meloloskan diri dari penjara Kerobokan dengan memotong bumbung menggunaka­n gergaji besi.

Bagaimanap­un, tidak diketahui bagaimana mereka memperoleh alat berkenaan.

Polis kini melancarka­n operasi memburu dan mengedar gambar tahanan terbabit, Chrishan Beasley, 32, yang ditangkap Ogos lalu kerana membawa lima

 ?? - AFP ?? SEORANG kanak-kanak menangis ketika menerima suntikan vaksin difteria di sebuah klinik di Jakarta semalam.
- AFP SEORANG kanak-kanak menangis ketika menerima suntikan vaksin difteria di sebuah klinik di Jakarta semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia